Ezra Haganez
KOTA KINABALU : Selepas kompleks membeli-belah terkemuka Sabah, 1Borneo
Hypermall, disyaki menjadi tempat penularan wabak TB bulan lepas dan
menyebabkan pengunjung khuatir dengan tahap keselamatan di kompleks
membeli belah itu, kini giliran kompleks membeli-belah Suria Sabah pula
menjadi kurang selamat untuk dikunjungi.
Bagaimanapun ini bukan wabak tuberkulosis atau TB yang mengancam keselamatan pengunjung tetapi peragut yang juga dipercayai berpunca dari pendatang haram yang semakin berleluasa di kawasan kompleks berkenaan.

Dilaporkan hampir tiap hari ada yang mengadu menjadi
atau hampir menjadi mangsa ragut dan gangguan budak-budak malahan orang
dewasa Filipina yang berkeliaran mencari mangsa.