Top posts

Featured Posts

SAPP Perjuang Hak Asasi Tanah NCR Selain Baiki Ekonomi Negeri Sabah

Oleh Mail Mathew
Beliau optimis BN pasti tumbang pada PRU13 jika
jentera pilihanraya kukuh dan mantap.
 TENOM: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee menegaskan bahawa parti itu akan terus membela nasib rakyat yang tertindas kerana masalah rampasan tanah dan hak asasi tanah anak negeri (NCR) seperti yang berlaku di Kinabatangan, Serudong Tawau, Kudat, Tenom dan diLahad Datu setelah parti itu diberi mandat rakyat membentuk kerajaan baru selepas pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13).

Beliau berkata, rakyat cukup menderita jika keadaan sebegini berterusan apabila hak rakyat yang miskin terus tertindas dimana tanah tanah dirampas, rumah dirobohkan oleh syarikat syarikat gergasi dari luar Sabah, malangnya pihak berkuasa khususnya PDRM tidak berbuat apa apa.

Beliau berkata demikian ketika menggulung ucapan sempena majlis penerangan dasar reformasi tanah dan pelan perancangan ekonomi Sabah yang dihadiri para ahli SAPP CLC Melalap dan Kemabong yang dihadiri kira kira 300 ahli SAPP diperkarangan Hotel Perkasa dekat sini pada Selasa.

Hadir sama dimajlis itu, Penasihat SAPP yang juga bekas Menteri Kewangan semasa era kerajaan Parti Berjaya Datuk Haji Mohd Noor Mansor, Timbalan Presiden SAPP Datuk Eric Mojimbun (Penceramah dasar tanah), Adun Luyang Melanie Chia (Penceramah Ekonomi), Timbalan Speaker Dun Datuk Frankie Chong, Adun Likas Datuk Liew Teck Chan, para AMT SAPP dan Ketua Ketua CLC.

Selain itu, Beliau turut menolak tanggapan umum bahawa program Forest Management Unit (FMU) yang ditubuhkan sekitar tahun 1998 sebagai satu penyalahgunaan tanah yang tidak memberi menfaat kepada rakyat adalah tidak benar dan terpesong kepada tujuan asal FMU.

Berucap dihadapan hadirin seramai kira kira 300 orang.
“ Sebenarnya, semasa saya menjawat jawatan Ketua Menteri dibawah sistem penggiliran jawatan Ketua Menteri yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada ketika itu, kita mengkaji kesesuaian tanah tanah simpanan kelas dua yang bekas dibalak supaya dipulihara dan diletakkan dibawah pengawasan FMU untuk memberi peluang kepada rakyat yang tidak bertanah menerokai kawasan itu. Tujuan kita untuk membantu membina semula kekayaan mereka dan bukan mengaut kekayaan rakyat,” tegas Yong.

“ Saya sedih mendapat laporan bahawa kebanyakan masyarakat petani luar bandar yang memiliki tanah tetapi tidak bergeran. Usaha telah dijalankan sehingga lebih 44 ribu geran berjaya dikeluarkan dalam masa yang singkat selama dua tahun menjawat jawatan Ketua Menteri,” tambahnya.

Presiden SAPP itu turut mempertikaikan pemberian geran komuniti atau lebih dikenali sebagai geran komunal kepada rakyat dimana beliau menyatakan bahawa ianya merupakan satu kerugian dan memberi harapan kosong kepada rakyat yang berhak menduduki kawasan disitu kerana kehilangan kuasa mutlak untuk memiliki dan memajukan tanah tanah mereka secara persendirian.

“ Mereka diberi geran panjang..letakkan nama nama pemiliknya tanpa mengira asal usul mereka dan selepas itu segala usaha penerokaan dan penanaman sudah ada syarikat gergasi yang dilantik kerajaan untuk mengusahakannya. Manakala rakyat...sekadar menjadi penonton,” tegasnya.

Sementara itu, ketika menyentuh persiapan menghadapi PRU13 Yong berkata, beliau meminta kepimpinan bahagian menggubal Manifesto berasingan disetiap kawasan DUN yang ditandinginya bagi menjelaskan halatuju parti itu supaya rakyat akan mengetahui perancangan yang bakal dilaksanakan selepas memenangi kawasan itu.

Katanya, rakyat perlu didedahkan dengan jelas halatuju parti yang bakal dilakukan pemimpin itu menerusi Manifesto pilihanraya supaya rakyat tidak ragu ragu memberi sokongan kepada setiap calon SAPP disesuatu kawasan yang ditandinginya.

“ Manifesto pilihanraya merupakan kandungan halatuju yang juga merupakan janji pemimpin kepada rakyat yang harus dilaksanakan selepas dipilih rakyat pada pilihanraya umum,” kata beliau dihadapan kira kira lebih 300 ahli SAPP yang menghadiri perjumpaan diperkarangan Hotel Perkasa pada Selasa.

Seramai 80 ahli baru menyertai SAPP diketuai En. Dzulkifli Gunsika.
.Presiden SAPP itu menggesa jentera pilihanraya disetiap bahagian supaya dikemaskinikan dan mampu digerakkan pada bila bila masa untuk menghadapi pilihanraya umum kali ke-13 (PRU ke-13) yang dipercayainya sudah hampir diambang pintu.

Tambahnya, beliau optimis bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu ditumbangkan sekiranya jentera parti kukuh dan sudah lebih bersedia menghadapi PRU ke-13. Bagaimana pun beliau tidak menyatakan ada keperluan bergabung tenaga dengan parti parti pembangkan luar Sabah untuk menumbangkan BN.

Diakhir majlis, beliau turut menerima kemasukkan ahli baru menyertai SAPP seramai 80 orang yang diketuai bekas Setiausaha Sulit Menteri Kebudayaan Belia dan Suka semasa era kerajaan PBS Dzulkifli Gunsika dan bekas Setiausaha Akhbar kepada Datuk Kadoh Agundong Haji Wahab Timpai.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog