Top posts

Featured Posts

Showing posts with label kongress SAPP 2012. Show all posts
Showing posts with label kongress SAPP 2012. Show all posts

AMT SAPP ROGER STIMIN NAFI BERPINDAH KE PBS

Roger Stimin, AMT SAPP
Oleh: Mail Mathew
TENOM: Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Maju Sabah (SAPP) Roger Stimin (gambar), menafikan sekeras kerasnya khabar angin yang mengatakan beliau telah menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS) serta bersamanya seramai 300 orang adalah tidak benar dan karut semata mata.

Beliau berkata, adalah dipercayai bahawa khabar angin tersebut sengaja direkacipta oleh kumpulan tertentu yang tidak bertanggung jawab bertujuan untuk mencemarkan nama baiknya termasuk untuk memusnahkan masa depan politiknya.

" Bah! Tunggu apa lagi!" Slogan SAPP PRU-13

Oleh: GONOD SUNDA
KONGRESS SAPP 2012 yang dihadiri perwakilan dan pemerhati hampir 3,000 bertempat di Star City pada Ahad telah merintis jalan baru parti itu apabila 17 Perkara Manifesto yang diumumkan parti itu sebagai janjinya kepada rakyat untuk ditunaikan sekiranya SAPP membentuk kerajaan selepas PRU-13, menandakan keseriusan kepimpinan SAPP merubah wajah kesuraman Sabah ke era baru.
Antara perkara yang diberi tumpuan terkandung didalam Manifesto itu ialah pengwujudan Kad Pengenalan Sabah (Sabah IC) sebagai usahanya membasmi keraguan kerakyatan dan pemberian Kad Pengenalan secara songsang yang meletakkan jumlah kependudukkan Sabah mencecah kepadatan penduduk yang luar biasa berbanding negeri negeri lain yang tidak ada PTI seperti Sarawak.

Selain itu, Manifesto tersebut turut meletakkan pembangunan sosial sebagai agenda terpenting kerajaan baru SAPP , terutamanya masa depan belia beliawanis dan keperluan tenaga kerja untuk diperkasakan dan diperbetulkan supaya tidak akan berlaku penghijrahan belia belia Sabah ke Semenanjong untuk mencari pekerjaan.

Search This Blog