Oleh: GONOD SUNDA
SETELAH sekian lama Datuk Dr Jeffrey Kitingan menggerakkan matlmat perjuangannya secara perlahan dengan terpaksa menunggang kuda UBF atas sifatnya sebagai NGO, namun pada akhirnya Jeffrey mahu tidak mahu terjun sekali lagi dalam gelanggang politik.
Mungkin kerana telah disedarinya bahawa inilah masanya yang sesuai untuk melabuhkan tirai bagi gagasan Borneo Alliance (BA) turun gelanggang bertarung pada PRU13 setelah ‘bertapa’ menimba ilmu berbulan bulan lamanya sebelum ini.