Borneo Herald meneima emel dari salah seorang pengunjung setia blog ini. Emelnya adalah berkaitan dengan kemunculan UFO di Sabah. Pada Bulan Julai lepas, di Tuaran gempar dengan kemunculan UFO ini. Berita ini disiarkan oleh akhbar Borneo Post dan boleh baca selanjutnya di sini.
Berikut merupakan isi kandungan emel yang dikirim.
Editor,
Sini saya ada gambar UFO, bukan saya yang ambil, tapi orang kampung di ulu Sg Sapulut yang ambil. Menurut En Alip, gambar itu dirakam oleh pakciknya yang ketika itu bekerja di Kem Balak hutan Sandakan pada tahun 1985.