Top posts

Featured Posts

Showing posts with label Roger Binson A.S. Show all posts
Showing posts with label Roger Binson A.S. Show all posts

Generasi muda kurang tahu Sejarah Batu Sumpah Keningau

Oleh:  Roger  Binson  A.S
KENINGAU: Batu  setinggi  4  kaki  yang  terpacak  teguh  di  hadapan  bangunan  Urusetia   Keningau  merupakan  bahan  sejarah  yang  amat  berharga  bagi  masyarakat  Sabah  khususnya  di  pedalaman. Malangnya  pada   masa  kini   generasi muda  hanya mengenali batu  itu  tidak lebih dari sekadar landskap  bagi  menceriakan  kawasan  sekitarnya.

Kemerdekaan  Malaya  pada  tahun  1957  turut  memberi  kesan  kepada  masayarakat  Borneo  Utara(Sabah)  untuk  mendapat  kemerdekaan  sendiri  daripada  kerajaan  British.  Pada  tahun  1962 beberapa  komuniti  antara   kerajaan  yang  di  wakili  oleh kerajaan Inggeris,Malaya,Sarawak,  Burneo  Utara  dan   Singapura telah  berbincang mengenai impilakasi  tentang  penubuhan  Perseketuan  Malaysia.Komuniti  ini   di  kenali  sebagai  Suruhanjaya  Cobbold  dan  ini  merupakan  bermulanya  sejarah  penting  tahun  1963  dalam  sejarah  Borneo  Utara(Sabah)  yang  menyaksikan  berakhirnya  era  penjajahan  oleh  kuasa  British.
 

Search This Blog