Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan bahawa bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui beliau pernah mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja-pekerja asing di Sabah pada sekitar tahun 1990-an – atas arahan Umno.
Kabel yang dimuat-naikkan di portal pembocor maklumat
Wikileaks memetik bekas ketua Rakyat Malaysia untuk Pilihan Raya Bebas dan Adil (Mafrel) Malek Husin sebagai mendakwa bahawa Rashid (
kiri) mengakui perkara ini dalam pertemuan peribadi di rumah Rashid pada 25 Oktober, 2006.
Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid juga mengesahkan Umno telah melancarkan kempen ‘kotor’ pada tahun 1990-an untuk merampas Sabah – yang dikuasai sehingga 1994 oleh PBS yang berada di barisan pembangkang ketika itu.