Top posts

Featured Posts

Showing posts with label Naib Ketua Pemuda SAPP. Show all posts
Showing posts with label Naib Ketua Pemuda SAPP. Show all posts

Setakat manakah kejujuran bn selepas pecah tanah?

Naib Ketua Pemuda SAPP, Rudy S. Mairi
Oleh: Mail Mathew
TENOM: Kerajaan Barisan Nasional (BN) digesa agar penyempurnaan majlis pecah tanah pekan kecil Melalap benar benar menepati janji mereka kepada rakyat dan bukan ibarat sekadar melepaskan batuk ditangga kerana pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) sudah menghampiri waktunya.

Malahan majlis seumpama itu pernah berlaku semasa era bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad lebih 10 tahun lalu dimana ketika itu satu majlis pecah tanah di Tenom Lama kononnya untuk memulakan pembinaan jalanraya antara Tenom ke Beaufort namun sehingga kini dilupakan begitu sahaja.

Perkemaskan TOR sebelum RCI dilaksanakan, SAPP

Naib Ketua Pemuda SAPP, Rudy S. Mairi
Oleh: Ambrose M Matthew

TENOM: Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) meragui keberkesanan pelaksanaan RCI kerana TOR (Term of Reference) yang diumumkan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak beberapa hari lalu, tidak terdapat langkah seperti mencari siapakah dalang yang bertanggungjawab termasuk menghukum orang yang terlibat.

Naib Ketua Pergerakan itu Rudy Sulaiman Mairi (gambar) berkata, demikian ketika mengulas isi kandungan 8 perkara TOR sebagai syarat dan terma pelaksanaan RCI diSabah yang disifatkannya sebagai sekadar “window dressing” untuk mematahkan isu tersebut dari terus memuncak, katanya dalam satu kenyataan disini pada Isnin.

Search This Blog