Top posts

Featured Posts

Showing posts with label Mail Mathew. Show all posts
Showing posts with label Mail Mathew. Show all posts

“Saya sanggup tinggalkan lubuk kemewahan dalam BN, demi membantu rakyat miskin", Datuk Seri Lajim Ukin

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin Pengerusi PPS
Oleh: Mail Mathew
KEMABONG: Pengerusi Pejuang Perubahan Sabah (PPS) Datuk Seri Panglima Lajim Ukin menepis tanggapan pelbagai pihak mengatakan beliau menyertai pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR) lebih bersifat peribadi kerana tamak kuasa adalah tidak berasas dan karut semata mata.

Beliau berkata, jikalau tuduhan itu benar tidak mungkin beliau meninggalkan kemewahan dan kuasa yang ada semasa berada dalam UMNO-BN dimana gajinya (emolumen bulanan) tidak kurang daripada RM30,000 sedangkan dalam pembangkang satu sen pun tidak ada.

DAP terus menjaja isu Sabah Merdeka 49 Tahun Janji Ditepati

Oleh: Mail Mathew
TENOM: Kepimpinan Democratic Action Party (DAP) kebangsaan mempertikaikan kejujuran kerajaan Barisan Nasional (BN) berhubung pelaksanaan RCI diSabah dimana kini sudah berlarutan selama 7 bulan namun ianya masih belum bermula meskipun TOR dan ahli ahli telah pun dilantik.

Penasihatnya yang juga merupakan Ahli Parlimen Ipoh Timor Lim Kit Siang berkata demikian dihadapan kira kira 200 orang hadirin semasa program bicara rakyat “Janji ditepati” anjuran DAP Pedalaman diperkarangan ruang tamu mingguan Tenom New Township dekat sini pada Rabu.

Mantan MP Pensiangan Datuk Taimin tawar diri calon BEBAS-UMNO Cabar PBRS Parlimen Pensiangan

Oleh: Ambrose M Matthew
NABAWAN: Bekas Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Taimin Lumaing (gambar), bingkas bangun menawarkan diri untuk bertanding atas tiket bebas-Umno pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) untuk membuktikan sama ada UMNO Pensiangan mempunyai sokongan pengundi dikawasan itu sebagai mencabar dakwaan PBRS.

Beliau berkata, sekiranya pemimpin PBRS terutamanya Ketua Pergerakan Pemudanya Kahirin Bador terlalu yakin dengan dakwaannya bahawa UMNO Pensiangan akan kalah disitu jika diberi peluang untuk bertanding disalah satu daripada tiga kerusi Pensiangan beliau (Taimin) kini sudah bersedia untuk menyahut cabaran itu.

Pemuda Umno Keningau Guna Sentimen 20 Perkara Raih Simpati Pengundi, Star

Oleh: Mail Mathew
TENOM: Ketua Pergerakan Pemuda Parti Star Sabah Hasmin Azroy Abdullah (gambar), menyifatkan tindakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Keningau Azman Haji Ruslan baru baru ini yang membangkitkan semula isu 20 Perkara sekadar meraih perhatian pucuk pimpinan Umno agar beliau dicalunkan pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) akan datang ini.

Beliau berkata, tidak mungkin Azman tidak memahaminya sedangkan ramai pemimpin utama Barisan Nasional (BN) sudah menyatakan bahawa 20 Perkara mempunyai justifikasinya namun beliau sengaja membangkitkannya lagi dalam usahanya menjadi “hero” untuk melawan arus.

Search This Blog