TONGOD : Timbalan 1 Ketua Pemuda PBS bahagian Kinabatangan, Encik Lius Meliton, hari ini telah mengambil keputusan untuk meninggalkan PBS dan menyertai STAR. Beliau telah menyerahkan borang keahliannya kepada Encik James Ait dalam satu upacara sederhana selepas mesyuarat persediaan pelancaran parti STAR peringkat Kinabatangan.
"Saya telah kehilangan keyakinan kepada kerajaan Barisan Nasional yang dikuasai UMNO. Kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO gagal melaksanakan tanggung jawabnya terhadap rakyat.