Top posts

Featured Posts

Showing posts with label Kemabong. Show all posts
Showing posts with label Kemabong. Show all posts

Lagi sokongan untuk PBS bertanding MP Tenom

Oleh: BASIR ABDULLAH

Saudara Pengarang,

Saya menyokong penuh kenyataan Adun Melalap Datuk Radin Malleh supaya pucuk pimpinan BN menimbang untuk memberi peluang kepada PBS untuk mewakili BN untuk bertanding di kerusi Parlimen P.181 Tenom. Kini sudah menjadi pengetahuan umum bahawa Datuk Rubin Balang, Ketua Bahagian UMNO Tenom sedang mempersiapkan jentera pilihanraya untuk bertanding di kerusi Parlimen P.181 Tenom atas tiket BN. Dan adalah diuar-uarkan bahawa pucuk pimpinan UMNO telah bersetuju dengan pencalonan beliau. Beliau sekarang adalah ADUN N.36 Kemabong.

STAR Sabah kesal pembentukan Malaysia dilakukan tergesa gesa oleh pemimpin terdahulu

Oleh: KULI KULI AK
Datuk Dr Jeffrey berucap ketika melancarkan Parti
Star di DUN Kemabong.
KEMABONG: Pemimpin terdahulu telah membuat keputusan tergesa-gesa dalam persetujuan pembentukan Malaysia melalui penyatuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Ini adalah antara punca utama hak asasi rakyat Sabah sepertimana yang terkandung dalam 20 Perkara mudah dimanipulasikan oleh pihak persekutuan.

Negara Brunei dan Singapura yang kini jauh lebih maju dan pesat membangun malah memiliki ekonomi yang jauh lebih baik berbanding Sabah selepas mereka tidak meneruskan untuk bersama dalam pembentukkan Malaysia pada ketika itu (Singapura keluar dari Malaysia tahun 1965).

Search This Blog