Top posts

Featured Posts

Showing posts with label Hasmin Azroy Abdullah. Show all posts
Showing posts with label Hasmin Azroy Abdullah. Show all posts

Sabah Bukan Milik Malaysia


Kota Kinabalu: Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Sabah milik Malaysia merupakan satu kenyataan yang menyimpang dan jauh daripada kebenaran. Malah ia boleh disifatkan sebagai berbaur penjajahan. Sejarah membuktikan bahawa Malaysia dibentuk pada 16 September 1963 oleh empat wilayah bekas jajahan British iaitu Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura (menarik diri dari gabungan pada tahun 1965). 

Ini bermakna bahawa Malaysia itu milik bersama Malaya, Sabah dan Sarawak. Tanpa tandatangan Sabah dan Sarawak, Malaysia tidak akan wujud di peta dunia.

Datuk Salleh Harus Menyokong Perjuangan Sambil Bertindak Menuntut Hak Sabah - Pemuda STAR

Kota Kinabalu: “Sepatutnya sebagai Tuan Speaker dan pemimpin Umno Sabah kanan dan berada dalam posisi berkuasa, Datuk Dr. Salleh harus menyokong kumpulan-kumpulan yang cuba memberi kesedaran tentang sejarah sebenar Sabah terutama mengingatkan rakyat Malaysia bahawa Sabah adalah salah satu Negara yang menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 sambil menuntut sehingga merealisasikan hak-hak Sabah yang terhakis sehingga hari ini” ujar Hasmin Azroy Abdullah, Ketua Wiramuda STAR Sabah, sebagai respon mengenai seruan Datuk Dr. Salleh Tun Said Keruak kepada Pemuda Umno Sabah untuk memberi penjelasan kepada rakyat Sabah mengenai Hak Sabah agar tidak digunakan oleh pihak tertentu dan pembangkang di Sabah secara salah demi mendapatkan keuntungan politik.

Hari Penjajahan: Polis ugut tangkap anak muda buat perarakan

Oleh Kevin Ivan
KOTA KINABALU : Sekumpulan 20 anak muda Sabah yang cuba membuat perarakan protes tentang apa yang mereka dakwa “Hari Penjajahan” tidak dapat berbuat demikian semalam sebab polis memberi amaran akan menangkap mereka.
Kumpulan berkenaan yang berpakaian t-shirt hitam dan kuning mula berkumpul di depan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada jam 8.30 pagi tetapi anggota polis, beruniform dan berpakaian awam, jauh lebih banyak dari mereka.
Tinjauan FMT mendapati kira-kira 30 anggota polis berada di kawasan itu.

Wiramuda Star persoal peranan sebenar Bumburing

Oleh Hasmin Azroy Abdullah
KOTA KINABALU :  Wiramuda (Youth) Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah mempersoalkan apakah sebenarnya peranan Wilfred Bumburing dalam bersekongkol dengan PKR tetapi tidak pula menyertai terus parti Semenanjung itu.

Sebagai respon kepada kenyataan Bumburing yang keterlaluan menganggap Star sebagai pemecah undi, ingin saya jelaskan bahawa Star mempunyai matlamat yang jelas menerusi apa yang kami panggil Agenda Borneo, lama sebelum kewujudan APS.

STAR's "INI KALI LAH!" is Earlier and Different

'Ini Kali Lah!' song had been around since last year
and was officially launched on 20 April 2012.
STAR’s popular patriotic song INI KALI LAH!” had been in existence since 2011 and the lyrics are very different and was officially launched with the “Ini Kali Lah” Album on 20 April 2012 before a sold-out crowd at the KDCA Hall in Kota Kinabalu” said Hasmin Azroy Abdullah, STAR Youth Chief, in response to Clarence Anthonius who had lamented that government-owned radio stations not playing his “Ni Kali Lah” love ballad which was only launched in September.

Pemuda Umno Keningau Guna Sentimen 20 Perkara Raih Simpati Pengundi, Star

Oleh: Mail Mathew
TENOM: Ketua Pergerakan Pemuda Parti Star Sabah Hasmin Azroy Abdullah (gambar), menyifatkan tindakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Keningau Azman Haji Ruslan baru baru ini yang membangkitkan semula isu 20 Perkara sekadar meraih perhatian pucuk pimpinan Umno agar beliau dicalunkan pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) akan datang ini.

Beliau berkata, tidak mungkin Azman tidak memahaminya sedangkan ramai pemimpin utama Barisan Nasional (BN) sudah menyatakan bahawa 20 Perkara mempunyai justifikasinya namun beliau sengaja membangkitkannya lagi dalam usahanya menjadi “hero” untuk melawan arus.

Ketua Pemuda UMNO Keningau Buta Sejarah?

Komentar oleh Azroy
Saya sebenarnya tidak begitu berminat memberikan pandangan balas terhadap komentar Sdra Azman Hj Ruslan, Ketua Pemuda UMNO Keningau di sebuah akhbar baru-baru ini. Saya lebih berasa malu bahawa di Sabah ini masih ada pemimpin yang agak buta sejarah. Atas kesedaran itu maka saya cuma ingin kongsikan kepada warga

Sabah bahawa jangan lagi keliru dengan kenyataan pemimpin-pemimpin seperti ini. Sabah BUKAN MERDEKA melalui pembentukan Malaysia. Sabah telah merdeka 16 hari sebelum pembentukan Malaysia.

Search This Blog