Top posts

Featured Posts

Showing posts with label GEGAR. Show all posts
Showing posts with label GEGAR. Show all posts

Gabungan Mahasiswa dan anak muda membantak kenaikan harga minyak




Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Sabah yang terdiri daripada kumpulan-kumpulan mahasiswa dan kumpulan anak muda GEGAR, pada hari ini membuat kenyataan media berhubung isu kenaikan harga minyak yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan Malaysia.  GAMIS dan GEGAR, mengambil pendirian membantah kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Anak kepada Ibu tunggal, 3 tahun menanti IC

8 Febuari- Hari ini Gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (GEGAR) tampil ke SUHAKAM bagi membela nasib seorang ibu tunggal kepada tiga orang anak, Puan Ollivia Julius@Mastura Anizan yang dinafikan hak anaknya untuk mendapat kad pengenalan MyKad. Anaknya, Nurul Hamizah Yasmin kini berusia 15 tahun menerima tekanan yang begitu hebat apabila tidak memperolehi kad pengenalan. Nurul Hamizah telah dilahirkan pada 27 November 1998. Lapan bulan selepas itu Nurul Hamizah memperolehi sijil kelahiran dengan cop “pendaftaran lewat”.

Nurul Hamizah terpaksa membawa sijil lahirnya kemana sahaja dan seringkali berasa malu untuk keluar rumah. Ketika Nurul Hamizah berusia 12 tahun, Puan Ollivia telah mengemukakan permohonan Mykad daripada Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Kota Kinabalu untuk anaknya. Namun, permohonan tersebut ditolak oleh pihak JPN atas alasan Sijil Kelahiran tersebut perlu dibawa ke mahkamah terlebih dahulu untuk pengesahan.

Polis haramkan himpunan Sabah Bangkit

Ketua polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun mengeluarkan kenyataan berikutan perhimpunan
Sabah Bangkit yang akan berlansung pada 12 Januari 2013 bertempat di Taman Chong Thien Vun pada jam 2.00 petang.
Dalam kenyataan tersebut, beliau menyatakan perhimpunan ini tidak mendapat sebarang permit daripada polia atau
mana-mana jabatan berkenaan yang seterusnya membawa kesalahan undang-undang mengikut akta perhimpunan aman 2012.
Respon penganjur perhimpunan-

Penganjur perhimpunan Sabah Bangkit adalah Gabungan NGO menuntut hak rakyat Sabah (GEGAR) menyatakan kita tidak mahu bertuhankan Akta Perhimpunan Aman. Kita yakin dan percaya, rakyat berhak duduk dan berada dimana2 sudut dinegeri ini. Kita rasakan, akta ini yang dibentuk selepas adanya perlembagaan yang menjamin hak berhimpun adalah rangka menghakis sedikit sebanyak hak berhimpun.

Penganjuran Himpunan Sabah Bangkit adalah satu manifestasi daripada Himpunan besar

Oleh Harieyadi Karmin 
Koordinator GEGAR merangkap Pengerusi Penganjur Himpunan Sabah Bangkit
KOTA KINABALU:Penganjuran Himpunan Sabah Bangkit adalah satu manifestasi daripada Himpunan besar-besaran yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 12 Januari 2013. Pada tarikh yang sama juga, kita ingin mengambil semangat dan aura kebangkitan rakyat Malaysia ini, kita sahut dengan kita anjurkan Himpunan untuk rakyat Sabah agar rakyat pun dapat bersama merasai kebangkitan rakyat ini. Ditegaskan, kita adalah NGO. Gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (GEGAR) mengambil inisiatif menjadi penganjur kepada himpunan ini selepas kita mengadakan siri perbincangan dengan kawan-kawan NGO yang lain. Kita memandang, diperingkat negeri sabah juga kena ada satu gerakan dan bentuk cara menyatakan hak rakyat. Tujuan sebenar himpunan ini diadakan adalah kita ingin menyatakan dan menuntut hak-hak yang kita mahu sebagai rakyat. Rakyat negeri sabah dan rakyat Malaysia. Terpulang pada individu, mahupun kumpulan-kumpulan, datang dan tuntutlah hak anda. Hari tersebut kita jadikan sebagai hari tuntutan rakyat.

Search This Blog