Top posts

Featured Posts

Showing posts sorted by relevance for query skandal. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query skandal. Sort by date Show all posts

Perutusan Tahun Baru Presiden Keadilan

2015 sudahpun tiba ke hari terakhirnya. Sepanjang tahun ini, rakyat Malaysia telah disajikan pelbagai kejadian, insiden, malah skandal yang mungkin sukar untuk kita lupakan, termasuklah:

• Pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mantan Ketua Pembangkang dan Ketua Umum KEADILAN - perlu kita ingat pemenjaraan beliau ini berniat politik jahat, malah hal ini telah dibangkit dan diiktiraf pelbagai pihak termasuklah Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Parlimen Eropah;

Raja Petra Bakal Melompat....?

Mana mungkin seorang yang dibenci Barisan Nasional boleh mendapat tempat di Buletin Utama TV3suku. Mengapa TV3suku tidak temuramah Anwar Ibrahim, Kak Wan, Husam Musa, Mahfuz Omar secara mereka menemuramah Raja Petra Raja Kamaruddin?

PAS: Siasat 3 MB, KM Sabah S’wak

Menurut AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad, mereka
ialah Mohamad Hasan, Khaled Nordin, Ahmad Said,
Musa Aman dan Taib Mahmud.
KUALA LUMPUR: PAS mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low yang juga bekas Presiden Transparency-International Malaysia (TI-M) terus membuka kertas siasatan terhadap tiga Menteri Besar dan dua Ketua Menteri yang sebelum ini terpalit dalam skandal rasuah.

Tiga Menteri Besar yang dimaksudkan itu adalah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Datuk Seri Khaled Nordin (Johor), Datuk Seri Ahmad Said (Terengganu), serta Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Tan Sri Taib Mahmud (Sarawak).

Skandal Penyelewengan Wang HSBC – Masa Untuk Menjalankan Siasatan Ke Atas Salahlaku Musa Aman!

Salah seorang pegawai tertinggi bank HSBC telah meletak jawatan secara sukarela semalam, sambil mengumumkan bahawa bank itu telah membisu seribu bahasa terhadap kegiatan memindahkan wang sebanyak $38 trillion, yang melibatkan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman. Laporan dari pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai wang sogokan pembalakan (suatu kes yang, menurut Najib Razak, boleh disabitkan dengan Musa Aman) mengandungi banyak maklumat mengenai penglibatan HSBC memproses berjuta-juta ringgit yang akhirnya menjurus ke dalam akaun-akaun bank milik Musa Aman.

Begitu juga, Sarawak Report telah mendedahkan maklumat terperinci mengenai siri-siri akaun HSBC yang dikaitkan dengan Musa Aman, yang akhirnya terpaksa ditutup dalam tahun 2006 dahulu.

Rafizi dedah anak Nazri Aziz terima kenderaan mewah Michael Chia

KUALA LUMPUR, 1 Nov — Rafizi Ramli mendedahkan bahawa anak kepada Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, iaitu Nedim Nazri Aziz mendapat manfaat daripada Michael Chia melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.

“Kereta mewah Hummer WNX 9776 ini bernilai RM459,000 dimiliki oleh Michael Chia, dan ini boleh disahkan melalui carian saman di laman web MyEG,” kata Rafizi (gambar) dalam sidang medianya di Parlimen hari ini.

SAMM: Anak Nazri beli rumah RM7juta?



PETALING JAYA: NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mahu Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz menjelaskan dakwaan skandal pembelian banglo mewah bernilai RM7.2 juta.

Penyelaras SAMM Badrul Hisham Shaharin mendakwa, pihaknya menerima dokumen pembelian banglo tiga tingkat itu dibuat atas nama anak lelaki Ahli Parlimen Padang Rengas, Mohamed Nedim Mohamed Nazri.

Projek kelapa pandan di Kota Belud gagal?

Oleh Nuraniz Ghaus
KOTA BELUD : Satu projek tanaman kelapa pandan seluas 500 ekar di Kota Belud kini bakal berhadapan skandal pertanian ekoran projek itu menemui jalan buntu dan sudah ada pihak mula bimbang ia bakal memberi kesan negatif lagi kepada pihak kerajaan.

Projek tanaman kelapa pandan di Skim Bokilong di Kampung Gaur dekat sini itu dikatakan dibiayai RM1 juta oleh Kerajaan Persekutuan dan sepatutnya sudah mula memberi pendapatan kepada kira-kira 90 peserta yang terdiri daripada penduduk kampung.

Kenapa ‘Petualang Sabah’ Diberi Anugerah?


Saudara Pengarang,
SURAT terbuka ini saya tujukan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah yang telah menganugerahkan pingat Tertinggi Kebesaran Negeri Sabah, ‘S.P.D.K’ yang membawa Gelaran ‘Datuk Seri Panglima’ kepada dua orang ‘Petualang’ di Sabah iaitu Datuk Seri Panglima Hishamuddin Tun Hussien dan Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.

Nazri Aziz is not worried about his son using Michael Chia's Hummer

Nazri Aziz who clears Michael Chia turns out to
be the one whose family receives benefits
Source
De facto law minister Mohd Nazri Abdul Aziz said that he sees no problem with his son driving businessman Michael Chia's Hummer SUV. 

He said that if a certain opposition figure (name withheld due to legal reasons) is not worried about a leaked video purportedly depicting himself having a tryst with a foreign sex worker, then there is no reason why he should be.

Reporters had questioned Mohd Nazri at his office after the allegation on the Hummer was exposed by PKR leaders at the Parliament lobby today.

Menteri deposit RM1 juta ke akaun Zahida

Sidang akhbar Noor Azman
untuk membersihkan namanya.
PETALING JAYA: Seorang bekas pemandu peribadi mendakwa Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Afdal pernah deposit wang sebanyak RM1 juta ke dalam akaun pelakon wanita, Zahida Mohd Rafik.

Noor Azman Azemi yang pernah berkhidmat sebagai pemandu peribadi Zahida selama tiga tahun mendakwa menteri berkenaan mendeposit wang sejumlah itu ke dalam akaun artis terbabit.

Skandal Jabatan Tanah Dan Ukur

BANTAH......Karamah menunjukkan surat bantahan mengenai
tanah tersebut tetapi tidak menerima sebarang respon
daripada Jabatan Tanah dan Ukur.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

KETUA Pemohon Tanah seluas 40 ekar di Kampung Sungai Sumpit, kawasan Nipah Tambisan, Tungku, Abdullah Hj Hamid yang mewakilkan kuasa kepada bapa mertuanya, Karamah Sajae (gambar) mendakwa bahawa Jabatan Tanah dan Ukur Kinabatangan melakukan penyelewengan dalam proses pengukuran tanah di kawasan tersebut.

Karamah mendakwa Pegawai Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah, Thomas Wong telah mengetuai kerja-kerja pengukuran di kawasan tanah yang bukan dipohon, tetapi tanah milik orang lain dan mereka mengukur tanah secara rambang; termasuk di atas meja mereka sahaja.


Nama Musa belum dibersihkan lagi

Surat itu hanya memaklumkan bahawa berdasarkan
maklumat yang diperolehi, ICAC mengambil
keputusan untuk tidak meneruskan siasatan.
PETALING JAYA: PKR hari ini menegaskan surat Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) mengenai kes RM40 juta melibatkan
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman tidak membersihkan namanya dari skandal itu.
“Sebaliknya menguatkan pandangan bahawa ICAC terpaksa menghentikan siasatan kerana tidak mendapat kerjasama pihak berkuasa Malaysia,” kata Pengarah Strategi parti itu, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau merujuk kepada laporan berita portal semalam di bawah tajuk “Surat ICAC menunjukkan Musa Aman dibersihkan namanya dari rasuah Disember lalu”.

ROBEKNGAHKINI.NET Vs RAISKINI.NET


Saudara Pengarang,
SAYA juga salah seorang peminat portal Sabahkini.net dan amat tertarik untuk tumpang 10 minit sekadar memberi sedikit komen berhubung artikel skandal seks yg membabitkan seorang Menteri Kabinet Malaysia yang tersiar di Sabahkini.net sejak berapa bulan lepas.

SPRM gagal siasat skandal rasuah Taib

Kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jatuh ke tahap paling rendah apabila dua pegawainya tersasul dalam satu sidang media mengenai kegagalan suruhanjaya itu menyiasat bagaimana Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud menimbun harta kekayaannya.

Bocor!! Minit mesyuarat Alies Anor bekas Setiausaha Politik Najib & Sidek Baba

Terdapat sebuah Kumpulan Khas yang dibentuk oleh Datuk Alies Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik Datuk Najib Razak. Sidek Baba adalah salah seorang anggota kumpulan ini yang dibayar gaji sebanyak RM15,000 sebulan. Kumpulan ini merancang bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim.
 
Mereka dihimpunkan untuk hancurkan Anwar Ibrahim. Mari sama-sama kita teliti Minit Mesyuarat kumpulan tegar ini dan siapakah yang bersama-sama Sidek Baba dan Alies Anor dan apa yang telah mereka rancangkan.

Minit Mesyuarat Kumpulan Tegar Siri 4/2012

Anwar memperlahan dana pembangunan Sabah ?



 Daniel John Jambun, 31-8-2023

 

 ANWAR Ibrahim telah memperlahankan dana untuk Sabah; khuathir dana akan dicuri seperti yang berlaku dalam skandal Jabatan Air Sabah.

 Pemimpin Sabah harus memulangkan dana yang dicuri, dan berjanji akan menggunakan dana Persekutuan dengan betul.

 Adalah jelas, berdasarkan kenyataan Ketua Menteri, bahawa kerajaan Persekutuan tidak mengeluarkan dana tepat pada masanya untuk projek pembangunan atau tidak mengeluarkan dana langsung.

 Pada akhir tahun ini, kerajaan Persekutuan akan mengatakan bahawa "dana yang tidak digunakan" mesti dikembalikan kepada Kementerian Kewangan Persekutuan.

 Ini adalah percanggahan dari segi istilah.

 "Penemuan yang tidak digunakan" hanya boleh dikembalikan jika diterima.  Anda tidak boleh memulangkan "dana yang tidak digunakan" jika tidak diterima.

 Kerajaan Sabah baru-baru ini berkata bahawa Tabung Amanah akan ditubuhkan dengan "dana yang tidak digunakan".  Sekali lagi, ini tetap bercanggah dari segi istilah.  Tabung Amanah tidak boleh ditubuhkan dengan "dana yang tidak digunakan" jika tidak diterima.

 Kerajaan Sabah harus memberitahu Anwar Ibrahim bahawa Tabung Amanah akan ditubuhkan dengan "dana yang tidak diterima".

 Amat meragukan bahawa Anwar akan menyerahkan "dana yang tidak diterima" untuk Tabung Amanah.  Dia mungkin tidak mempunyai wang.  Jika dia ada, ia adalah kes tidak mahu memenuhi komitmen kewangan kepada Sabah.

 Kerajaan Sabah sepatutnya memberitahu rakyat cerita sebenar mengenai dana pembangunan daripada kerajaan Persekutuan.

 Begitu juga, IDS melakukan banyak kajian projek.

 Kajian-kajian ini mengumpulkan habuk di suatu tempat di rak kerajaan.

 Walaupun diluluskan, tiada dana dikeluarkan daripada kerajaan Sabah dan Persekutuan.  Kerajaan Sabah tidak mempunyai wang untuk projek IDS.  Kerajaan Persekutuan mungkin tidak mahu membiayai projek yang dikenal pasti oleh kajian IDS.

 Peringatan lembut untuk kerajaan GRS supaya bersungguh-sungguh meneruskan pembatalan perintah yang dikeluarkan oleh Yang di Pertuan Agong berhubung dengan PU(A)119/2022 bagi membolehkan kerajaan Sabah menuntut haknya seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 112C;  hak asasi Sabah yang perlu dibayar sejak 1974.

 Kerajaan Persekutuan sepatutnya menjalankan Kajian Kedua di bawah Perkara 112(D) pada tahun 1974 tetapi diabaikan atas sebab yang paling mereka ketahui dan menyebabkan Sabah kerugian besar dan kehilangan peluang dari 1974 hingga 2022.

 Bagi 40%, tiada harapan!


Daniel John Jambun adalah Presiden Borneo's Plight in Malaysia Foundation

Taib cuba beri tekanan kepada Najib?

Ketua Menteri Sarawak mahu PRU dan PRN diadakan serentak
KUCHING: Kerana bimbang dan terdesak, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini dikatakan cuba memberikan tekanan secara halus terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mencadangkan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak serentak.

Bekalan diesel semakin meruncing

Oleh Kevin Ivan

KOTA KINABALU: Kira-kira tiga minggu lalu, FMT telah menyiarkan keluhan beberapa aktivis Sabah mengenai ketiadaan bekalan diesel di ibu negeri, namun hari ini keadaan semakin meruncing sehingga kabinet negeri Sabah pun naik rungsing.

Semakin ramai pengguna kenderaan diesel di sekitar bandaraya ibu negeri mengeluh dan marah atas ketiadaan bekalan diesel di seluruh kawasan.

Daim kecam Anwar sedang peralat agensi kerajaan untuk dirinya

                         Tun Daim Zainuddin

*Kenyataan Media Tun Daim Zainuddin, 29 Januari 2024*


SAYA tidak akan berbicara mengenal tuduhan bermotifkan politik terhadap saya ini.

Saya tidak bersalah dan tidak sabar menunggu hari perbicaraan kelak.

Namun, saya ingin menyatakan sesuatu mengenai keadaan negara kita.

Seperti ramai yang lain yang mahukan sebuah Malaysia baharu, saya turut menyokong Pakatan Harapan dan Anwar Ibrahim pada 2018. Ketika itu, negara dihantui bayang-bayang skandal 1MDB.

Tetapi kini, kita dibayangi pula oleh sebuah pentadbiran yang menyalahguna kuasa, di samping janji-janji reformasi yang dimungkiri. Musang berbulu ayam bersorak reformasi tetapi melakukan
sebaliknya.

Demi mencapai jawatan Perdana Menteri, Anwar melantik seorang individu berdepan tuduhan rasuah sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tidak lama kemudian, seperti silap mata, 47 pertuduhan rasuah timbalan perdana menteri itu digugurkan. Inikah Malaysia baharu yang dijanjikan?

Kejujuran, integriti dan tadbir urus baik semuanya ke laut. Institusi bebas seperti SPRM, Peguam Negara dan LHDN diperalatkan dengan mudah dalam mengejar musuh politik.

Inikah Malaysia baharu yang dijanjikan? Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Perhimpunan Aman digunakan sewenang-wenangnya terhadap mereka yang lantang bersuara atau mengkritik kerajaan atau Anwar, malah menteri mengeluarkan ugutan menghantar kereta polis ke rumah mereka.

Inikah Malaysia baharu yang dijanjikan? Seharusnya Anwar mesti sedar yang semua ini ada tempiasnya.

Ketika sibuk melunaskan dendam yang lampau, ringgit terus merosot, ekonomi terbantut dan penderitaan rakyat biasa berterusan.

Inikah Malaysia baharu yang dijanjikan?

Dalam usia yang lanjut, di mana saya tidak lagi mempunyai kekuatan seperti dulu, keyakinan saya tetap tidak goyah.

Saya tidak peduli sangat nasib saya, biarlah Anwar melemparkan segala-galanya terhadap saya.

Tetapi saya khuatir nasib negara saya.

Jadi, saya menyeru anda melakukan apa yang terdaya dalam memelihara dan menyelamatkan negaraini.

Jangan takut bersuara terhadap Anwar dan rejimnya. Sesebuah kerajaan bertanggungjawab
kepada rakyatnya, bukan sebaliknya. Seperti kata pepatah, "Untuk memenangkan kejahatan, cukup sekadar orang baik tidak melakukan apa-apa," Rakyat layak mendapat yang dijanjikan.

Kepada sahabat lama saya, Anwar Ibrahim, ingatlah akan firman Allah swt dalam Surah al-Nur, bahawa mereka yang menyebarkan fitnah keji di kalangan orang-orang mukmin akan mendapat balasan pedih di dunia dan akhirat. Dan bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.

*Daim Zainuddin*
*29 Januari 2024*

Blogger to submit video in Rais suit

KOTA KINABALU: Controversial author and blogger Abdul Mutalib Mohamed Daud is preparing a video clip to use in his defence in a suit brought by Minister of Information, Communications and Culture Rais Yatim, according to the Sabahkini website.

Search This Blog