Top posts

Featured Posts

Perutusan Krismas Datuk Lajim Ukin

Perayaan Krismas merupakan perayaan universal yang disambut meriah dan penuh semangat muhibah pada tiap bulan Disember di seluruh dunia.

Di negara-negara Asia Barat atau Timur Tengah seperti Palestin, Lebanon, Jordan dan juga Turki, masyarakat Islam termasuklah para pemimpin politik dan agama Islam turut merayakan Krismas bersama-sama penganut Kristian.

Kita di Sabah cukup bertuah kerana memiliki masyarakat majmuk pelbagai agama yang hidup aman dan saling menghormati antara satu sama lain sejak peradaban moden mulai diperkenalkan di sini. Saya ingin menyeru semua lapisan masyarakat Sabah mesti terus berpegang kepada pendirian saling menghormati malah saling ingin mengenali peradaban antara satu sama lain.


Pada kesempatan Krismas tahun ini, sebagai pemimpin di negeri ini, saya memohon kita tolaklah cubaan pihak tertentu yang ingin mempengaruhi masyarakat agar memusuhi mereka yang bukan seagama. Kita di Sabah menolak pemisahan kaum dan dasar yang meminggirkan mana-mana golongan mengikut garis budaya dan kepercayaannya.

Tuhan Yang Maha Mengetahui mewujudkan dunia ini untuk pelbagai bangsa dan agama dan oleh itu kita haruslah mensyukuri hakikat kemajmukan rakyat jelata di negeri kita. Marilah kita senantiasa mempromosikan semangat muhibah dan sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain, tak kita apa agama dan bangsa.

Janganlah kita di Sabah ini sekali-kali mengamalkan sikap benci-membenci lebih-lebih lagi antara agama seperti yang telah berlaku di banyak tempat di dunia malah telah menular ke Semenanjung, kerana ini akan melemahkan negara dan akhirnya membawa kebinasaan semata-mata.

Saya dan keluarga saya melalui pengamalan peribadi mempunyai keluarga saya yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan agama termasuk Kristian, amat berbangga kerana kita mengamalkan silaturahim sesama manusia dan keluarga yang amat rapat walaupun berbeda pegangan agama.

Saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Natal kepada seluruh umat Kristian bukan sahaja di Sabah tetapi di Sarawak dan Semenanjung. Marilah kita terus memelihara semangat setiakawan dan saling menghormati dan memelihara antara satu sama lain tak kira agama dan ketika aman mahupun ketika kesukaran.

Pucuk pimpinan mempunyai peranan yang penting menunjukkan teladan yang baik dalam memastikan masyarakat majmuk akan berjaya di negara ini. Multi-cultralism must never be allowed to fail here in Malaysia. Christians and Muslims alike, together with other faiths, must therefore embrace each other as their own brothers and sisters, knowing that the future of this country lays in their hands together as Malaysians.  
Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baru 2016. 

1 comment:

  1. Ini macam sangat bagus YB Datuk Janang Gayuh takau.. Saya dan sekeluarga undi PKR Datuk.

    ReplyDelete

Search This Blog