Top posts

Featured Posts

DAP Sarawak keluar Pakatan Rakyat Sarawak Read more at: http://www.astroawani.com/berita-politik/dap-sarawak-keluar-pakatan-rakyat-sarawak-56356?cp

KUCHING, 27 Mac (Bernama) -- DAP Sarawak hari ini mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini berkuat kuasa serta merta.

Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata keputusan sebulat suara itu dibuat kerana sekutu PR, PAS telah menyeleweng daripada dasar bersama PR dengan mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia. Sekutu ketiga dalam PR ialah PKR.

"Sehubungan itu, selagi pelaksanaan hukum hudud menjadi agenda politik dan objektif PAS, DAP Sarawak tidak lagi boleh bekerjasama dengan PAS sebagai sebuah parti politik di Sarawak.

"Oleh itu, dengan PAS kekal sebagai parti komponen PR Sarawak, DAP Sarawak hari ini membuat resolusi dan keputusan yang menyedihkan untuk keluar daripada PR Sarawak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa DAP Sarawak DAP.

Chong, yang juga anggota Parlimen Kuching MP dan anggota Dewan Undangan Negeri Kota Sentosa, berkata resolusi DAP Sarawak merupakan keputusan sebulat suara jawatankuasa DAP negeri dan mengikut struktur parti DAP, DAP Sarawak mempunyai kuasa autonomi untuk membuat keputusan itu.

Sementara itu, PAS Sarawak berkata ia menghormati keputusan DAP Sarawak untuk keluar daripada PR Sarawak.

Ketua Penerangannya Andri Zulkarnaen Hamden berkata beliau hairan dengan tindakan DAP Sarawak yang disifatkannya drastik dan merugikan.

"DAP Sarawak tahu undang-undang serta pluralisasi pelbagai etnik Sarawak tidak memungkinkan hudud dilaksanakan di negeri ini," katanya.

Katanya PAS Sarawak menyokong penuh keputusan kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hudud di negeri itu.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Search This Blog