Top posts

Featured Posts

10 kampung di Kota Belud dinaiki air

KOTA BELUD: Sepuluh kampung di daerah ini dilanda banjir akibat limpahan air Sungai Tempasuk berikutan hujan lebat malam tadi.

Kampung terbabit ialah Linau, Menunggui, Gunding, Kota Belud, Bobot, Siasai, Taun Gusi, Lebak Engad, Kota Kerancangan dan Rangalau.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud, Faizal Wahid, berkata air dikesan naik sejak subuh tadi dengan enam penduduk membabitkan sebuah keluarga dari Kampung Rangalau dipindahkan di Dewan Tun Said, Kota Belud jam 7.30 pagi tadi.


Katanya, selain penduduk yang dipindahkan anggota bomba, ada penduduk yang terjejas berpindah sendiri di tempat selamat apabila rumah mereka dinaiki air.

"Paras air Sungai Tempasuk yang dicatat di Kampung Lebak Moyoh ketika ini pada tahap bahaya iaitu 5.4 meter berbanding paras amaran 5.1 meter dan paras biasa 4.7 meter," katanya ketika dihubungi di sini.

1 comment:

  1. Ini gara2 MP kota velud mau sokong brahmjn allipitchai bakai Bible ituls kena banjir teruk.. buang itu mp pigi sungai tuaran.

    ReplyDelete

Search This Blog