Top posts

Featured Posts

Komen-Mengomen Bersama Fredolin E. Lojingki

KALI ini saya mahu komen mengenai judi yang semakin menjadi-jadi di semua daerah di Sabah.

Nampaknya tiada siapa boleh kasih kalah Sabah kalau fasal judi. Tempat perjuaidan seperti kelab-kelab perjudian yang berlesen dan siber judi ada di merata tempat.

Di kawasan Penampang sahaja berpuluh kelab rekreasi perjudian ada. Siber-siber judi pula tumbuh seperti cendawan tanpa kawalan dn kekangan.


Siber judi ini bukan ada lesen perjudian. Setahu saya lesen "gambling" dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Persekutuan manakala Kerajaan Negeri Sabah hanya mengeluarkan Lesen Berniaga untuk premis di negeri ini.


Ribuan siber ini mana ada lesen perjudian? Tiada! Apa Lesen Perniagaan mereka pula? Takkan DBKK atau MDP keluarkan lesen niaga untuk perjudian?

Atau adakah mereka ini diberi lesen berniaga internet tetapi menyalah guna lesen untuk perjudian?

Tinjauan mendapati siber perjudian ini ada di mana-mana, biasanya di tingkat satu bangunan-bangunan rumah kedai. Namun saya difahamkan sudah ada yang berani buka siber judi di tingkat bawah bersebelahan kedai-kedai biasa, seperti yang ada di Kepayan Ridge.

Orang yang berkunjung ke siber-siber judi ini pula terdiri daripada semua lapisan, tua, muda, kakitangan awam kerajaan juga curi-curi datang ke siber judi walaupun ketika jam bekerja.

Apa yang mahu jadi dengan kita di Sabah ini? habislah semua orang kita berjudi, budak-budak pun sudah jadi tahi judi. Berjudi ini banyak kalah daripada menang jadi memang ramai yang akan pulang rumah "kampis barait" kata orang Dusun.

Judi juga akan menimbulkan masalah sosial yang banyak seperti bergaduh, berhutang, bercerai, menggadai barang malah boleh buat manusia gila bila kerana terlalu kuat berjudi.

Saya fikir kerajaan tidak patut berdiam diri seolah-olah mereka ada "share" dalam perniagaan judi haram ini.

Saya dan ramai kawan saya amat hairan kenapa siber judi dibiar berleluasa di Sabah. Mungkin ada udang di sebalik batu ini...

7 comments:

  1. Siapa makan duit judi masuk neraka. ini islam punya ajaran.. nah kamu pigilah semua main judi sana siber dan kelab judi di Sabah.. haha

    ReplyDelete
  2. Suka hati oranglah mahu main judi kah atau tidak ini demokrasi punya duania lah pakcik..

    Kalau kena jackpot nah siapa juga tidak gumbira kan?

    ReplyDelete
  3. Judi jangan tak berjudi..

    ReplyDelete
  4. Siapa tauke judi ini semua ? Orang Cina bukan? Siapa pengunjung cyber judi ini? Kdusun, Bajau, Cina dll bukan? Apa masalahnya kasih sajaq lesen judi supaya Kerjaaan dapat kutip cukai dan GST, banyak duit bikin tolong rakyat..

    Sekarang orang bilang yang dapat duir rstusan ribu tiap bulan dari ini kartel judi seluruh Malaysia ialah Mentrei Dlm Negeri dan IGP apakah ini benar? Ini bikin kacau fikiran rakyat.. cakap tidak tantu-tantu punya sebab ini cyber judi haram lah..
    Mana ada betul?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandailah kau cakap judi ini ada bagus. Kau pigilah buang kasih habis duit kau di semua cyber yang berlambak-lambak banyak sekarang di Penampang.

      Delete
  5. Bah om poingkaa no e tvasi au nodi mimang ti judi-judi gambling ka.. manaak nopo do koususaan boh ino gundohing aiso kounalan do mamain judi kanto..mogot poh iziau kivaa do kolum sondii.. Kotohuadan nopo.

    ReplyDelete
  6. Tahniah encik Fred.

    ReplyDelete

Search This Blog