Top posts

Featured Posts

Komen-Mengomen Bersama Fredolin E. Lojingki

Anggota Parlimen Kota Belud, Abdul Rahman Dahlan, jelaslah bukan suara dari Sabah tapi suara UMNO tulen berpaksi politik UMNO Malaya. 

Apa saja Malaya suruh cakap, dia mungkin akan cakap walaupun tidak disukai oleh rakyat Sabah sendiri. Namun kita tahu Rahman ialah Rahman - dia cakap saja apa yang akan pastikan dia disayangi oleh political master nya!

Politik cari makan dan cari pangkat bukanlah sesuatu yang asing bagi kita dalam dunia politik.

Yang saya hairan awal tahun ini ada seorang MP PKR dari Semenanjung berkata dalam satu majlis PKR di Kota Belud, mengaku antara MP paling tidak disukainya ialah Rahman.

MP itu tidak lain tidak bukan arkitek Langkah Kajang -- MP Pandan, Rafizi Ramli, juga anak muda.

Rafizi kata sebab dia tidak suka Rahman ini ialah walaupun seorang Menteri dan sepatutnya menjawab soalan-soalan ketika sidang Parlimen berkaitan Kementeriannya, namun kelakuannya lebih kepada mengganggu dan mencelah MP-MP pembangkang dalam sidang Parlimen.

Entah betul entah pun tidak tapi masakan pokok bergoyang kalau tiada angin, masakan ada asap kalau tiada api, kata orang.

Mungkin kalau Rahman lebih suka di Semenanjung, bukankah lebih baik beliau angkat keluarganya pindah saja ke Malaya. Jangan lagi tinggal di Sabah. Kenapalah ada orang Sabah yang suka berdiri menghalang suara dan aspirasi rakyat Sabah sendiri...

Khabarnya Rahman mungkin akan beralih ke kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihanraya akan datang yang mungkin pada 2017 atau 2018 nanti.

Kononnya dia ini antara calon menggantikan Musa Aman sebagai Ketua Menteri sekiranya Musa terpaksa berundur.

Kekuatan Rahman ialah seorang "penurut" kepada bos dan dia pula pandai juga memilih siapa bosnya. Kira pandai strategi politik cari makan dan pangkat jugalah. Kalau tiada pangkat dan kuasa dalam politik tiada siapalah yang tengok dan respek...

Apapun rasanya Rahman masih muda jadi sudah tentu banyak lagi beliau akan mengalami dalam beberapa tahun ini sehingga masak politiknya.

Dikatakan MP Kota Belud ini juga masih suka beraksi menunggang motorsikal bila ada peluang. Maknanya memang darah muda betul lagi. 

Saya memang suka betul tengok gelagat MP Kota Belud ini, apa dia cakap dan komennya, harap dia boleh bantu Sabah selagi masih Menteri.

Selamat Hari Raya Korban MP Kota Belud.

3 comments:


  1. Ya kah? Habislah Sabah kalau dia yang jadi Chief Minister .. !

    ReplyDelete
  2. Sukunggggg gundohing.

    ReplyDelete
  3. The MP KOta Belud is a one kind MP, very good at licking balls of his carefulyy=chosen bosses in KL and in KK. That is the message of this article right? if i have not misread. But you know what mr Lojingki, the people of Sabah especially those in Kota Belut ewho voted people like him is the MAIN CULPRITS. You Sabahans only know how to talk but do not know how to throw your rubbish. You should start by trhowing your rubbish PBS Huguan Siou, he is as vintage as you Mr Lojingki but look OPairin still voted in by the melancholy Tambunanites brothers of yours. What a shame this Sabahan peoples, still living in trees-kind of mind. Sory for you

    ReplyDelete

Search This Blog