Top posts

Featured Posts

Umat Islam bangkit kecam Mufti Perak yang dituduh "mengampu" kerajaan BN

KUALA LUMPUR : Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) mendesak Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) menarik balik label "bughah" dan memohon maaf kepada rakyat kerana menisbahkan mereka sebagai bughah (pemberontak) yang mana gelaran yang begitu menghina rakyat.

Mereka juga mendesak mufti itu supaya berlaku adil dalam mengeluarkan kenyataan sehingga mendesak peserta demonstrasi turunkan harga barang sebagai penderhaka dan halal darah mereka.

"Jangan hanya tahu salahkan rakyat semata-mata," kata Presiden PMIUM, Mohd Bukhairy Sofian dalam kenyataannya.

Harussani berkata, sepatutnya semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan “dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)”.

“Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Mufti itu juga membidas pembabitan pembangkang, khususnya PAS dalam perhimpunan “haram” malam kelmarin yang disifatkannya cuba berlagak alim tetapi didakwanya tidak memahami al-Quran.

Sambil melabelkan peserta perhimpunan itu sebagai bughah, beliau dilaporkan berkata, haram bagi mana-mana pihak menyertai perhimpunan itu.

Menurut Presiden PMIUM, tujuan himpunan adalah untuk memberi isyarat kepada kerajaan rakyat terbeban dengan kenaikan harga barang bukannya mengguling kerajaan.

"Kalau guling kerajaan yang adil barulah bughah (pemberontak) namanya di dalam Islam," kata Mohd BukhaIry.

Beliau bertanya, dalam keadaan negara yang menanggung hutang yang banyak, pembaziran terus berlaku, "Adakah mufti tidak nampak perkara ini. Adakah itu tidak zalim?"

Beliau mempersoalkan apakah mufti itu tidak tahu tentang peruntukan untuk konsert di Dataran Merdeka sebanyak RM15 juta.

"Adakah mufti melihat ini sebagai langkah bijak menyambut tahun baru?" soalnya.

Bagi beliau, mufti harus berfungsi menasihati pemerintah, bukan mengampu semata-mata.

"Orang di bawah dan rakyat begitu susah untuk mendapat sesuap nasi. Mereka tidak ada elaun dan dibayar gaji seperti mufti," Bukhairy menempelak mufti itu.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog