Top posts

Featured Posts

Rumah dijanjikan Rahman Dahlan belum dapat

Oleh Jurle Sagayong
KOTA BELUD : Kira-kira tiga tahun lalu sebuah keluarga daif di Kampung Kelawat dekat sini dilawati ahli parlimen Kota Belud, Abdul Rahman Dahlan apabila salah seorang anak dalam keluarga besar berkenaan menjadi pelajar terbaik SPM sebuah sekolah di daerah ini walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

Pelajar berkenaan, Syevesther Liew, 19, kini pelajar tahun pertama Universiti Malaysia Sabah (UMS) namun keluarganya dan neneknya masih belum mendapat rumah yang dijanjikan Abdul Rahman, kini Menteri Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan Persekutuan.
Bapa pelajar berkenaan, Liew Fui Lit, juga terpaksa mencari pekerjaan sehingga ke Johor Baru, bagi menampung perbelanjaan keluarga dan adik-beradik Syevesther di sini.

“Kami memang mengharaplah kerajaan akan membantu keluarga kami sebab sudah janji kan…” kata Syevesther ketika ditemui wakil FMT di Sabah, Kanul Gindol, baru-baru ini.

Keluarga pelajar berkenaan tinggal dalam rumah neneknya Tiah Solindod, 70. Rumah lama berdinding bambu mereka pula sudah sangat uzur dan sudah senget tetapi masih didiami oleh keluarga salah seorang pakcik Syevesther.

Menurut Tiah, seorang balu, dia risau dengan keselamatan anak dan cucu-cucunya kerana masih tinggal di rumah lama bambu mereka. “Kamu sendiri pun dapat lihat keadaan rumah itu, atap pun sudah bocor sana sini, bila hujan semua tempat basah,” katanya.

Keluarga ini memang patut menerima bantuan kalau bukan dua rumah, sekurang-kurangnya sebuah rumah, bagi menggantikan rumah lama yang sudah senget dan mereput, menunggu tumbang dan amat membahayakan keluarga.

Ramai penerima rumah PPRT sebelum ini mempunyai rumah jauh lebih elok dari rumah bambu yang sudah uzur keluarga ini, namun mereka sudah lama menikmati kemudahan bantuan kerajaan itu.

Kenapa keluarga ini belum mendapat rumah mereka tidaklah diketahui tetapi apa yang nyata mereka diberi janji oleh Ahli Parlimen mereka sendiri yang kini menjawat kementerian perumahan pula.

FMT sedang berusaha mendapatkan ulasan pejabat ahli parlimen berkenaan.

1 comment:

  1. Janjimu dicapati di kadai kaling tuaran.

    ReplyDelete

Search This Blog