Top posts

Featured Posts

Pemimpin Suluk dakwa wakil PKR pendatang Indonesia


NONEBerlaku pertengkaran dalam pendengaran suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung isu pendatang di Sabah hari ini apabila pemimpin masyarakat Suluk berulang kali menegaskan bahawa seorang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu dilahirkan di Indonesia.

Mohd Zaki Harry Susanto berkata, walaupun lahir di republik itu, Christina Liew (kiri) daripada PKR berjaya menjadi wakil rakyat Api-api.

Mohd Zaki berkata, mereka mendapat maklumat daripada warganegara Indonesia di Tawau yang mengesahkan Liew seorang Cina Indonesia.


Beliau mengetengahkan isu itu kerana hanya kumpulan Bajau dan Suluk disasarkan dalam RCI, jelasnya.

"Jangan hanya sasarkan satu atau dua kumpulan etnik sahaja," katanya lagi.

Bagaimanapun, seorang pesuruhjaya RCI Henry Chin berkata, beliau pasti Liew lahir di Tawau dan beliau mengetahuinya kerana menjadi ketua polis di daerah di Sabah itu pada masa itu.

74 comments:

  1. Seorang saksi memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah bahawa 446,173 pelarian dan pendatang tanpa izin telah diusir ke negara masing-masing sejak tahun 1990 sehingga sekarang.

    Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah dan Labuan, Datuk Suhaimi Mohd. Salleh berkata, pelarian dan pendatang tanpa izin yang tidak mempunyai sebarang dokumen pula akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen bagi proses pengusiran ke negara masing-masing antaranya Filipina.

    Semasa diminta menjelaskan bagaimana beliau mendapat jumlah itu oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong yang mempengerusikan suruhanjaya itu, Suhaimi berkata, pihaknya mempunyai rekod itu.

    Saksi kelima itu yang mula berkhidmat di Pasukan Petugas Khas itu pada 15 Januari tahun lepas memberitahu suruhanjaya bahawa pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan pada 4 April 1989 itu juga berfungsi untuk mengurus, menangani semua masalah pendatang asing di negeri Sabah.

    ReplyDelete
  2. Semasa ditanya pegawai pengendali, Manoj Kurup, Suhaimi juga berkata, pasukan itu ditubuhkan Kerajaan Persekutuan bagi membantu Unit Penempatan di bawah Jabatan Ketua Menteri (JKM) untuk menguruskan pendatang asing ke negeri itu yang semakin bertambah.

    Suhaimi juga berkata, hasil bancian pada 2007 di 32 unit penempatan pelarian terdapat 59,000 pelarian Filipina manakala sehingga 2010 pula mencatatkan 38,000 pelarian Filipina hasil bancian di 16 buah unit penempatan.

    Saksi keempat, Mokhtar Yassin Ajam yang bertugas sebagai setiausaha dalam negeri bahagian hal ehwal dan penyelidikan di JKM memberitahu suruhanjaya bahawa semakan yang dibuat antara 2007 hingga 2010 menunjukkan 33,019 pelarian Filipina berada di negeri ini dan daripada jumlah itu 15,000 adalah kanak-kanak.

    ReplyDelete

  3. Beliau yang bertugas di JKM sejak Oktober 2005 itu berkata, kanak-kanak itu merupakan generasi ketiga dan keempat pelarian Filipina yang datang ke negeri ini pada awal 1970.


    Mokhtar berkata, kesemua pelarian itu adalah mereka yang tercicir semasa proses pendaftaran pas pengenalan sementara IMM-13 yang dilaksanakan pada 1976 hingga 1984.

    Beliau berkata, disebabkan ibu bapa tiada pengenalan diri, anak-anak mereka tidak boleh mendapat akses kepada sistem pendidikan kerajaan kerana tidak mempunyai sijil kelahiran.
    Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan persekutuan bersama organisasi bukan kerajaan (NGO) telah menubuhkan sekolah-sekolah khas bagi kanak-kanak itu mendapatkan asas pendidikan.

    ReplyDelete
  4. Sementara itu, bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Mohd. Salleh menafikan wujudnya apa yang dipanggil "Projek IC" semasa beliau menjadi ketua menteri dari tahun 1976 hingga 1985.
    ''Saya tidak pernah dengar mengenai "Projek IC". Sepanjang pengetahuan saya, tidak ada perkara seumpama "Projek IC",'' kata Harris sambil menambah jika agensi persekutuan mengeluarkan kad pengenalan, ia mungkin dalam keadaan tergesa-gesa memandangkan ia perlu menangani permohonan dalam jumlah yang besar.
    Bagaimanapun, Harris berkata, walaupun kad pengenalan dikeluarkan dengan pantas, ia dibuat mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

    Semasa ditanya Manoj supaya membacakan laporannya yang dikemukakan kepada RCI, Harris berkata, antara dasar yang diterima pakai kerajaan Persekutuan adalah memberikan taraf kewarganegaraan kepada pelarian selaras dengan piagam Pertubuhan Bangsa Bersatu.

    ''Perkara ini diumumkan Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj pada awal 1970-an. Tunku mengumumkan bahawa pelarian orang Islam boleh tinggal di Malaysia dan bukan Islam (kebanyakannya orang Vietnam) dalam mana-mana kes memilih sama ada untuk pergi ke Australia, Eropah atau Amerika," katanya sambil menambah bahawa dasar itu masih berkuat kuasa pada masa ini.

    ReplyDelete
  5. CHRISTINA LIEW GELABAH APABILA INDENTITINYA DIKETAHUI UMUM.. SEDIKIT MASA LAGI MAKA TERBONGKARLAH WJAH SEBENAR BELIAU

    Bandingkan kedua-dua kenyataan atau penafian oleh panel RCI dan juga Christina Liew.. dan lihat sendiri bagaimana gelabahnya mereka menjawab tuduhan mengenai latarbelakang Christina Liew yang didakwa berasal dari Indonesia sehingga penafian yang dibuat mereka bercanggah antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  6. CHRISTINA LIEW GELABAH APABILA INDENTITINYA DIKETAHUI UMUM.. SEDIKIT MASA LAGI MAKA TERBONGKARLAH WJAH SEBENAR BELIAU

    Malah, rasanya amat menarik juga jika kita persoalkan tindakan Pesuruhjaya RCI, Henry Chin yang seolah-olah cuba melindungi Liew dengan menafikan tuduhan itu bagi pihak Liew. Jika benar Henry mengenali Liew, kenyataan mereka tidak akan bercanggah seperti diatas. Bermakna ada sesuatu yang hendak disembunyikan oleh mereka berdua.

    ReplyDelete
  7. CHRISTINA LIEW GELABAH APABILA INDENTITINYA DIKETAHUI UMUM.. SEDIKIT MASA LAGI MAKA TERBONGKARLAH WJAH SEBENAR BELIAU

    Dalam kenyataan Henry, kononnya Christina Liew dilahirkan di Tawau. Namun, dalam kenyataan Christina Liew pula, beliau hanya berusia sebulan ketika ibubapanya datang ke North Borneo.

    ReplyDelete
  8. CHRISTINA LIEW GELABAH APABILA INDENTITINYA DIKETAHUI UMUM.. SEDIKIT MASA LAGI MAKA TERBONGKARLAH WJAH SEBENAR BELIAU

    Sudah terang lagi bersuluh bahawa Christina Liew bukan dilahirkan di Tawau atau Sabah, malahan beliau sendiri mengakui bahawa beliau dilahirkan di Hong Kong. Walau dari mana datangnya ahli politik PKR ini, yang pasti beliau bukan dilahirkan di Tawau atau Sabah.

    ReplyDelete
  9. CHRISTINA LIEW GELABAH APABILA INDENTITINYA DIKETAHUI UMUM.. SEDIKIT MASA LAGI MAKA TERBONGKARLAH WJAH SEBENAR BELIAU

    Lebih menguatkan dakwaan ini apabila blog Mymassa berjaya mendedahkan rekod Daftar Pemilih Christina Liew atau nama sebenar beliau Liew Chin Jin. Seperti dalam gambar di atas, jelas menunjukkan bahawa Liew menggunakan kod 71 dalam nombor kad pengenalan beliau.

    ReplyDelete
  10. CHRISTINA LIEW GELABAH APABILA INDENTITINYA DIKETAHUI UMUM.. SEDIKIT MASA LAGI MAKA TERBONGKARLAH WJAH SEBENAR BELIAU

    Untuk pengetahuan bagi yang masih tidak tahu atau kabur-kabur mengenai Kod 71 ini, ianya adalah merujuk kepada rakyat Malaysia yang LAHIR DI LUAR NEGARA, bukan dalam negara atau Sabah atau Tawau atau mana-mana pelusuk di bumi Malaysia. Bermakna sekali lagi Christina Liew TERKANTOI apabila penafian beliau bercanggah dengan kod IC beliau sendiri..

    ReplyDelete
  11. CHRISTINA LIEW GELABAH APABILA INDENTITINYA DIKETAHUI UMUM.. SEDIKIT MASA LAGI MAKA TERBONGKARLAH WJAH SEBENAR BELIAU

    Memandangkan wujud beberapa keraguan dalam penafian Liew, ada baiknya jika beliau turut dipanggil untuk disiasat bagi merungkai misteri disebalik "khabar angin" yang cuba diremeh-remehkan oleh seorang pesuruhjaya RCI, disamping menjaga imej dan kredibiliti RCI dari terus disifatkan sebagai double standard.

    ReplyDelete
  12. CHRISTINA LIEW GELABAH APABILA INDENTITINYA DIKETAHUI UMUM.. SEDIKIT MASA LAGI MAKA TERBONGKARLAH WJAH SEBENAR BELIAU

    PERNAH SEBELUM INI PUAK-PUAK PEMBANGKANG MENUDUH KERAJAAN MENGELUARKAN IC KOD 71 KEPADA PEKERJA ASING BAGI MEMBOLEHKAN MEREKA MENGUNDI BN.. JADI, BAGAIMANA PULA DENGAN KOD 71 YANG DIMILIKI OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN PKR?? TIDAK TERPAKAIKAN TUDUHAN PENGUNDI HANTU BILA PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN SENDIRI MEMILIKI KOD ITU PADA KAD PENGENALAN MEREKA??

    ReplyDelete
  13. CHRISTINA LIEW GELABAH APABILA INDENTITINYA DIKETAHUI UMUM.. SEDIKIT MASA LAGI MAKA TERBONGKARLAH WJAH SEBENAR BELIAU

    DALAM PAKATAN BUKAN CHRISTINA LIEW SEORANG SAHAJA YANG MEMILIKI KOD 71, MALAH RAMAI LAGI SEPERTI AZMIN ALI, ZURAIDA KAMARUDDIN, SAIFUDDIN DAN WAN AZIZAH.. KENAPA WARGA ASING INI YANG DIPILIH ANWAR UNTUK MEMBELA NASIB RAKYAT??

    ReplyDelete
  14. CHRISTINA LIEW GELABAH APABILA INDENTITINYA DIKETAHUI UMUM.. SEDIKIT MASA LAGI MAKA TERBONGKARLAH WJAH SEBENAR BELIAU

    MALAH DIFAHAMKAN JUGA BAHAWA CHRISTINA LIEW TIDAK FASIH BERBAHASA MALAYSIA.. JIKA BENAR BELIAU RAKYAT SABAH ATAU MALAYSIA, KENAPA BELIAU TIDAK MAMPU BERTUTUR DENGAN BAIK DALAM MASA MALAYSIA???

    ReplyDelete
  15. CHRISTINA LIEW GELABAH APABILA INDENTITINYA DIKETAHUI UMUM.. SEDIKIT MASA LAGI MAKA TERBONGKARLAH WJAH SEBENAR BELIAU

    PANEL RCI YANG CUBA MELINDUNGI CHRISTINA LIEW JUGA WAJAR DISIASAT DAN DIBATALKAN KELAYAKKAN BELIAU DARI TERUS MENGANGGOTAI RCI SABAH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semakin rumit juga isu kerakyatan ini.

      Delete
  16. Royal Commission of InquiryJune 21, 2013 at 10:40 PM

    Api-Api State assemblywoman Christina Liew has categorically rubbished the allegation by a witness in the on-going Royal Commission of Inquiry (RCI), that she is an Indonesian of Chinese descent who had obtained Malaysian citizenship.

    ReplyDelete
  17. Royal Commission of InquiryJune 21, 2013 at 10:42 PM

    “My parents were British subjects who migrated to North Borneo in 1952, with British documents from Hong Kong,” she told the Borneo Insider Wednesday night.

    ReplyDelete
  18. Royal Commission of InquiryJune 21, 2013 at 10:43 PM

    “I was one month old then. I obtained my blue IC when Sabah/Malaysia achieved her independence in 1963. I’m a naturalized citizen.

    ReplyDelete
  19. Royal Commission of InquiryJune 21, 2013 at 10:43 PM

    “All my six brothers and sisters were born in Tawau. We grew up in North Borneo before independence. I have never been to Indonesia until I was in my adulthood.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka yagn dilahirkan di Malaysia sudah boleh dapat sijil kelahiran yang sah?

      Delete
  20. Royal Commission of InquiryJune 21, 2013 at 10:44 PM

    “What nonsense is this man talking about?” she said in a rebuttal to the claim of the Sabah Suluk Ethnic Clan Association secretary Mohd Zaki Hari Susanto, when giving his testimony at the RCI hearing earlier Wednesday.

    ReplyDelete
  21. RCI masih berjalan, iarlah mereka lakukan siasatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempoh siasatan RCI hampir tamat, kami menantikan laporannya.

      Delete
  22. yang penting pada akhirnya nanti, isu Pati berjaya diselesaikan.

    ReplyDelete
  23. kini RCI sudah menjadi perhatian semua pihak.

    ReplyDelete
  24. apa pun, harap RCI ini tidak dipolitikkan oleh sesiapa pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RCI harus menjalankan siasatan di luar kawalan mana-mana pihak berkuasa atau parti.

      Delete
  25. semoga penyelesaian terhadap isu pati ini akan berjaya dilaksanakan.

    ReplyDelete
  26. Cadangan ambil balik mykad boleh dilaksanakan?

    ReplyDelete
  27. Beliau mengetengahkan isu itu kerana hanya kumpulan Bajau dan Suluk disasarkan dalam RCI, jelasnya.

    Sasaran siasatannya harus lebih luas dan merangkumi kumpulan yang lain juga.

    ReplyDelete
  28. The citizenship status of newly-elected Api-Api Assemblywoman Christina Liew was raised at the hearing of the Royal Commission of Inquiry (RCI) on Wednesday.

    Sabah Suluk Ethnic Clan Association Secretary Mohd Zaki Harry Suisanto, who was testifying as the 123rd witness, believed that Liew was a Chinese Indonesian who had somehow obtained a Malaysian IC.

    ReplyDelete
  29. Zaki replied that Tawau residents have queried why the RCI focused much on descendants of Bugis (Indonesia) and Suluk (Philippines) as recipients of fake Malaysian identity cards when it should cover all foreign ethnic groups as well.

    Zaki, who is also Umno Tawau Education Bureau secretary, then questioned the birth certificate of Christina.

    ReplyDelete
  30. On the Lahad Datu intrusion, Zaki told Conducting Officer Datuk Azmi Arifin that the incident was an insult to the Suluk community in Sabah as Tausug and Suluk are two different races.

    Zaki said only Suluk people in Malaysia particularly in Sabah who have Malaysian ICs can be members of his NGO and not those from the Philippines who have no documents. He denied that his NGO was an agent helping Suluks to gain Malaysian blue Ics.

    ReplyDelete
  31. Another witness, Andi Kadir Jailani who was formerly a secretary to the Sabah Bugis Welfare Association, likewise, denied that his association was involved in helping Bugis obtain Malaysian Ics.

    He said the association is only open to Bugis who have Malaysian identity cards and not those who only have travel documents.

    ReplyDelete
  32. Biar betul.. Tapi tidak mustahil semua ini berlaku. Kita percaya jika disiasat memang ada kemungkinan juga.

    ReplyDelete
  33. Kesediaan pendatang tanpa izin membayar sebarang amaun untuk mendapatkan kad pengenalan (IC) Malaysia telah membawa kepada kewujudan sindiket pemalsuan IC di Sabah, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat isu pendatang tanpa izin di Sabah, diberitahu semalam. Pensyarah kanan Sosial Sains Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Dayang Suria Mulia berkata memperoleh IC merupakan strategi pendatang tanpa izin untuk kelangsungan hidup di Sabah dan mereka bersedia membayar harga tinggi untuknya. “Mereka berpendapat dengan memiliki IC Malaysia akan memudahkan mereka di sini kerana terdapat banyak kelebihan dengan memiliki IC,” katanya.

    ReplyDelete
  34. Dayang Suria juga berkata pendatang tanpa izin mempunyai saudara-mara di Sabah yang memudahkan mereka untuk datang ke sini. Beliau menjelaskan saudara-mara berkenaan akan membantu menjamin keselamatan mereka apabila mereka masuk ke negeri ini menerusi saluran tidak sah. Dayang Suria berkata dalam kajiannya mengenai pendatang yang tidak mempunyai dokumen pada 1999, beliau mendapati mereka yang tidak mempunyai dokumen berpendapat ia memberi kebebasan untuk mereka bertukar kerja.

    ReplyDelete
  35. Katanya jika seorang pekerja asing mempunyai permit untuk bekerja dalam sektor perladangan, sekiranya dia mahu tukar ke sektor lain, dia perlu memohon permit kerja yang baharu. “Apa yang saya dapati menarik (dalam kajian itu), tidak mengira betapa ketatnya undang-undang ke atas mereka, terdapat mereka yang tidak bimbang, terdapat mereka yang tidak takut (kepada undang-undang). “Sesetengahnya memilih untuk tidak mempunyai dokumen,” katanya.

    ReplyDelete
  36. Dayang Suria juga menegaskan industri-industri di Sabah, khususnya dalam sektor perladangan dan pembuatan, amat bergantung kepada bekalan pekerja asing. Beliau menjelaskan atas hakikat bahawa penduduk tempatan tidak bersedia menjadi buruh kasar, majikan terpaksa bergantung kepada agensi penyumberan luar bagi memenuhi keperluan mereka. Ditanya oleh pegawai pengendali Datuk Azmi Ariffin adakah industri akan lumpuh tanpa sokongan pekerja asing, Dayang Suria berkata industri akan terjejas walaupun tidak lumpuh kerana ia memberi kesan kepada produktiviti.

    ReplyDelete
  37. Suruhanjaya itu diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong. Anggota panel juga terdiri daripada bekas Naib Canselor UMS Datuk Dr Kamaruzzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk KY Mustapha dan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Herman J Luping, yang juga bekas Peguam Besar negeri. Prosiding siasatan bersambung.

    ReplyDelete
  38. Panel Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan pendatang haram di Sabah hari ini dicadangkan supaya menarik semula kesemua kad pengenalan yang telah dikeluarkan kepada pendatang asing, kata ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Datuk Wilfred Madius Tangau (gambar). Ahli Parlimen Tuaran yang juga saksi ke 117 dipanggil untuk RCI berkata kepada panel yang diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, masalah pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing juga tidak akan pernah selesai, melainkan rombakan keseluruhan sistem pemberian kad pengenalan dilaksanakan. “Ini isu integriti … kita perlu ‘reset’ semuanya untuk kembali ke ‘ground zero’, katanya yang juga merupakan Setiausaha Agung Parti Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) kepada lima panel RCI di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

    ReplyDelete
  39. kemudiannya mencadangkan agar mereka yang telah diambil kad pengenalannya dalam proses tersebut untuk memohon kembali menggunakan sijil kelahiran. “Jika kita tidak melakukan perkara itu, bagaimana kita mahu menyelesaikan masalah kad pengenalan meragukan seperti ini,” soalnya lagi, dan menambah kes pemberian kad pengenalan meragukan itu tidak akan pernah berhenti, sebaliknya akan berterusan. “Pada mereka yang rasa mereka benar-benar warganegara, tiada apa nak ditakutkan,” tambahnya yang juga merupakan saksi pertama dalam kalangan ahli politik yang dipanggil memberi keterangan kepada RCI.

    ReplyDelete
  40. UPKO jelas Wilfred telah melakukan kaji selidik bagi menyiasat kegiatan pemberian kad pengenalan kepada warga asing sebaik sahaja RCI dibentuk, dan mendapati pemberian kerakyatan kepada warganegara asing berkenaan bukan setakat berlaku pada 1980an, tetapi juga awal tahun 90an. “Pembuatan kad pengenalan palsu perkara yang berterusan,” katanya, dan menambah, “10 peratus daripada penerima kad pengenalan tersebut tanpa perlu memohonnya.” “Manakala 90 peratus daripada mereka membeli kad pengenalan tersebut,” katanya, dan menerangkan laporan kaji selidik tersebut akan didedahkan oleh Presiden UPKO Tan Sri Bernard Giluk Dompok pada Jumaat ini kepada RCI.

    ReplyDelete
  41. Bernard Dompok tewas di kerusi Parlimen Penampang, kawasan majoriti KDM, pada pilihan raya 5 Mei baru-baru ini. Beberapa warga asing Pakistan dan India juga pernah memberi keterangan di RCI bagaimana mereka mendapat kad pengenalan biru dalam tempoh beberapa tahun selepas tiba di Sabah dan kemudiaannya mengundi dalam pilihan raya.

    ReplyDelete
  42. Menjawab soalan pegawai pengendali Manoj Kurup, Abu Bakar berkata sebanyak 5,753 IC biru dikeluarkan kepada warga asing di Sarawak selepas mereka memperoleh taraf sebagai warganegara sejak 1963 sehingga akhir tahun lepas. Ditanya Manoj mengenai pendapatnya mengapa jumlah pengeluaran IC di Sarawak amat ketara perbezaaanya berbanding 66,000 di Sabah dalam tempoh yang sama, Abu Bakar berkata ia bergantung kepada keadaan di negeri masing-masing.

    ReplyDelete
  43. Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Sarawak Datuk Abu Bakar Mat berkata faktor tersebut menyebabkan pengeluaran kad pengenalan (IC) biru kepada golongan pendatang meningkat di Sabah dalam tempoh 49 tahun itu. “Secara peribadi saya nampak lokasi di Sarawak berbeza dengan di Sabah. Kedudukan geografi di Sabah yang hampir dengan Filipina dan juga faktor politik menyebabkan jumlah populasi warga asing meningkat di Sabah berbanding di Sarawak,” katanya.

    ReplyDelete
  44. Saksi ke-63 itu juga berkata kedudukan Sabah yang berdekatan dengan perairan laut dan juga bersempadan dengan Filipina juga merupakan faktor pendatang asing berhijrah ke negeri itu berbanding Sarawak. Ketika ditanya mengenai cadangannya bagi menangani masalah pendatang asing di Sabah, Abu Bakar berkata ia boleh dilakukan dengan mengetatkan lagi kawalan keselamatan di kawasan sempadan negeri itu dan juga dengan mewujudkan lebih banyak pintu masuk imigresen bagi memastikan kemasukan secara sah.

    ReplyDelete
  45. Panel itu turut dianggotai bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Profesor Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Kee Mustafa dan bekas Timbalan Ketua Menteri dan bekas Peguam Besar Sabah Tan Sri Herman Luping. Penolong pengarah penguatkuasa kanan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Mohammed Amir Izzat berkata selain masalah sosial, kewujudan rumah setinggan itu juga mencacatkan pemandangan indah di ibu negeri Sabah.

    ReplyDelete
  46. Ditanya pegawai pengendali Jamil Aripin, Mohammed Amir berkata pihaknya sentiasa memantau dan menjalankan operasi merobohkan setinggan di situ. Gambar file menunjukkan sekumpulan pendatang asing yang ditangkap di salah satu taman perumahan yang sedang dibangunkan. “Setakat bulan Mei tahun ini sebanyak 253 buah rumah setinggan dirobohkan. Pada 2012 sebanyak 324 buah struktur setinggan dirobohkan, pada 2011 sebanyak 714 dirobohkan, 2010 pula sebanyak 510 buah dirobohkan dan pada 2009 sebanyak 1,520, buah rumah berjaya dirobohkan,” katanya.

    ReplyDelete
  47. Saksi itu juga berkata kebanjiran warga asing di bandaraya itu banyak menyumbang kepada aktiviti yang tidak bermoral kerana ramai antara mereka bekerja di pusat hiburan di samping pihaknya menerima ancaman dan kenderaan mereka dirosakkan semasa operasi meroboh setinggan itu. Mohammed Amir juga menafikan dakwaan terdapat pendatang asing memperoleh lesen perniagaan menggunakan IC palsu.

    ReplyDelete
  48. “Berkemungkinan mereka adalah sebagai rakan kongsi, tetapi jika ada sudah pasti pihak kami akan menolak permohonan mereka,” katanya lagi yang tugasnya antara lain memproses lesen perniagaan dan mengawal selia pertumbuhan setinggan di bandaraya itu. Abd Rahim Katiman, pembantu penguatkuasa Majlis Daerah Tenom pula memberitahu Suruhanjaya bahawa pada tiap-tiap tahun pihaknya akan ke kawasan setinggan untuk memastikan rekod sentiasa dikemas kini. Beliau berkata di Tenom hanya terdapat satu kawasan setinggan sahaja dengan 34 buah rumah dan 174 penghuni yang terdiri daripada warga Pakistan, Suluk Bajau Jawa dan Murut dan mereka bekerja sebagai petani, peniaga dan buruh.

    ReplyDelete
  49. Saksi ke-65 itu juga berkata sehingga 2007 hingga 2013 pihaknya tidak menerima sebarang aduan pendatang asing menjalankan perniagaan di situ. Kassim Selamat, ketua unit setinggan Majlis Perbandaran Sandakan berkata seramai 32,095 orang tinggal di 43 koloni setinggan dan 19,370 adalah bukan warganegara Malaysia. Bagaimanapun beliau tidak pasti mereka dari negara mana tetapi kebanyakannya adalah dari selatan Filipina. Beliau juga bersetuju bahawa Sandakan mempunyai masalah pendatang warga asing yang sangat ramai dan tinggi akibat kebanjiran pendatang asing di situ. Kassim berkata sebanyak 4,620 buah rumah setinggan dirobohkan sejak tahun 2000 hingga 2008 manakala sebanyak 1,080 berjaya dirobohkan antara tahun 2009 hingga 2012.

    ReplyDelete
  50. Pendatang asing adalah kedatangan sekumpulan manusia atau seseorang dari sesuatu negara ke negara lain dengan tujuan khusus. Pendatang asing dapat dikategorikan kepada dua kelompok iaitu pendatang asing yang sah dan pendatang asing tanpa izin (PATI).

    ReplyDelete
    Replies
    1. apakah yang kau xdak memuaskan atasan kerja syarikatnya? ganguan anda?

      Delete
  51. Pendatang asing yang sah adalah orang yang mendapat keizinan dari Negara yang ingin dilanjut berdasarkan Akta dan Peraturan yang ditetapkan.

    ReplyDelete
  52. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin (PATI) adalah seseorang yang tidak mendapat keizinan dari negara tersebut dan memasuki secara haram. Migrasi pekerja antarabangsa bukan sahaja fenomena. Bagi negara tetapi juga menjadi industri baru bagi negara pengeksport tenaga kerja untuk menambahkan pendapatan negara.

    ReplyDelete
  53. Pengeksportan pekerja menjadi sumber pendapatan yang penting bagi negara-negara yang miskin seperti kerajaan Indonesia yang melakukan program pengeksportan tenaga kerja untuk mengatasi masalah penganguran dan kemiskinan. Salah satu daripada negara di dunia yang menjadi tumpuan pekerja asing ialah Malaysia.

    ReplyDelete
  54. Malaysia dianggap sebagai lubuk emas oleh rakyat negara jiran yang miskin. Meskipun bekerja diluar negara mendatangkan pelbagai masalah tetapi ianya semakin berkembang dan diakui sebagai satu pilihan untuk mengubah nasib mereka apabila mereka bekerja di negara lain.

    ReplyDelete
  55. Mereka pulang dan berhijrah semula sehingga membentuk suatu sistem penghijrahan yang berkesinambungan dan mengalirkan pekerja, gagasan dan wang kepada daerah asal. Sistem penghijrahan yang berkesinambungan hanya menguntungkan negara pengeksport tenaga pekerja. Manakala negara penerima seperti Malaysia pula mengalami kebanjiran pekerja asing samada secara sah ataupun tidak sah.

    ReplyDelete
  56. Negara penerima juga menanggung pelbagai kesan sosial yang negatif akibat daripada kebanjiran pelbagai bangsa pekerja asing. Keberadaan pekerja asing di Malaysia telah sampai ke tahap berlebihan berbanding keperluan.

    ReplyDelete
  57. Dua dekad yang lalu, pekerja asing mendapat pelbagai sektor terutamanaya dalam sektor perladangan dan pembinaan memang sukar dielakkan kerana kerja-kerja tersebut ditolak oleh penduduk tempatan. Pendududk tempatan mempunyai pilihan bekerja di sektor yang menawarkan pendapatan yang lebih lumayan, selesa dan tidak bahaya. Namun yang sukar untuk diterima ialah majikan dari sektor lain sengaja mengambil pekerja asing untuk mengaut keuntungan yang berlebihan.

    ReplyDelete
  58. Pekerja asing dibayar upah yang murah berbanding dengan orang tempatan. Sikap sedemikian yang telah menyebabkan seramai 2.5juta pekerja asing yang sah bekerja di Malaysia. Jumlah tersebut lebih besar jika dicampur dengan pendatang asing tanpa izin yang diperkerjakan oleh-oleh majikan-majikan yang tidak patriotik.

    ReplyDelete
  59. Jika majikan menolak pendatang tanpa izin untuk bekerja dengan mereka sudah pasti mereka tidak akan pernah ada atau sangat kecil jumlahnya di negara ini. Tidak mengejutkan apabila dikatakan jumlah pekerja asing dalam pelbagai sektor di negara ini lebih ramai daripada masyarakat India, iaitu kaum ketiga terbesar di Malaysia.

    ReplyDelete
  60. Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas dakwaan pembangkang bahawa Barisan Nasional (BN) mengunakan taktik kotor dengan membawa pendatang asing sebagai pengundi hantu bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13

    ReplyDelete
  61. Timbalan Perdana Menteri berkata tomahan tersebut tidak masuk akal kerana proses pembuangan undi dijalankan mengunakan sistem yang ketat dengan mengesan identiti setiap pengundi yang telah berdaftar.

    ReplyDelete
  62. "Itu satu pembohongan pihak pembangkang yang sudah tertekan, secara logik pendatang asing tidak layak kerana tiada identiti warganegara Malaysia.

    ReplyDelete
  63. "Kalau rakyat Malaysia yang tidak daftar sekalipun tidak boleh mengundi bagaimana mereka ini dikatakan datang untuk mengundi?," katanya.

    ReplyDelete
  64. Muhyiddin yang juga penyandang kerusi Parlimen Pagoh berkata pembohongan yang dilakukan pembangkang merupakan strategi terakhir mereka dalam "perang" piihan raya selepas tertekan dengan kekalahan yang bakal mereka hadapi.

    ReplyDelete
  65. "Mereka buat fitnah itu kononnya BN sudah tertekan dan terpaksa menggunakan khidmat pendatang asing untuk mendapatkan undi.

    "Pembohongan itu bertujuan agar rakyat percaya dan menganggap BN teruk sangat sehingga guna taktik begitu," ujarnya.

    ReplyDelete
  66. Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun berkata kerajaan komited menjaga dan memelihara keunikan budaya pelbagai kaum di negeri ini untuk warisan generasi akan datang.

    ReplyDelete
  67. Beliau berkata, ini penting bagi mengekalkan budaya masyarakat tempatan seterusnya meningkatkan kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat terutamanya generasi muda agar terus menghargai nilai budaya warisan mereka.

    ReplyDelete
  68. Budaya kita mencerminkan diri kita, sebab itu kerajaan terus komited untuk mengekalkan dan memelihara keunikan serta kepelbagaian budaya di Sabah untuk tatapan generasi akan datang.

    ReplyDelete
  69. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pameran Seni Rakyat Jepun kali ke-4 di Pusat Konservasi Balai Seni Lukis Sabah, di sini, kelmarin.

    ReplyDelete

Search This Blog