Top posts

Featured Posts

Bocor!! Minit mesyuarat Alies Anor bekas Setiausaha Politik Najib & Sidek Baba

Terdapat sebuah Kumpulan Khas yang dibentuk oleh Datuk Alies Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik Datuk Najib Razak. Sidek Baba adalah salah seorang anggota kumpulan ini yang dibayar gaji sebanyak RM15,000 sebulan. Kumpulan ini merancang bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim.
 
Mereka dihimpunkan untuk hancurkan Anwar Ibrahim. Mari sama-sama kita teliti Minit Mesyuarat kumpulan tegar ini dan siapakah yang bersama-sama Sidek Baba dan Alies Anor dan apa yang telah mereka rancangkan.

Minit Mesyuarat Kumpulan Tegar Siri 4/2012

Tarikh: 15 Disember 2012
Masa: 8.30 malam
Tempat: Bilik Operasi

Senarai Kehadiran
Datuk Seri Alies Anor Abdul – Pengerusi
Datuk Dr Sidek Baba – Timbalan Pengerusi
Abdul Rahman Karimun
Raja Arif Kamaruddin
Osman Abdul Majid
Rahiman Salleh
Majid Hj Daud
Syed Abul Hussin Syed Kismas
Abdul Rashid Buyung - Setiauasaha
1.Ucapan Pengerusi
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan AlFatihah.

Pengerusi mengucapkan terima kasih diatas kehadiran semua. Minit Siri 3/2012 diteliti dan diluluslan tanpa pindaaan.

Pengerusi mengingatkan bahawa pilihanraya sudah hampir dan tujuan mesyuarat malam ini bagi membincangkan projek yang belum selesai dan program yang akan dilaksanakan untuk tahun 2013.
2. Perkara-perkara berbangkit.

Datuk Dr Sidek Baba

Datuk Dr Sidek Baba memaklumkan program menghimpunkan 100 Pimpinan dan ahli ABIM dan para cendiakawan yang ada hubungan dengan ABIM telah berlangsung di UiTM Shah Alam . Jumlah yang hadir ialah 89 orang. Yang agak mengecewakan tidak ramai pimpinan ABIM yang hadir. Program berjalan lancar dan mencapai tujuan. Arahan jelas telah diberikan.

Tiga tindakan segera sebelum pilihanraya akan dilaksanakan.
Pertama, mereka akan menulis, mengutuk dan menghentam Anwar Ibrahim dalam blog-blog.

Kedua, sidang-sidang media akan diadakan dengan kekerapan setiap hari bagi mendedahkan keburukan Anwar dan familinya sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

Ketiga, bahan-bahan bercetak akan diedarkan menceritakan keburukan Anwar dan akan diedarkan di kawasan-kawasan Melayu sahaja. Semua penulis telah dikenalpasti.
 
Percetakan edaran akan dibuat oleh Dewan Bahasa. Senarai yang hadir dalam perjumpaan dan senarai penulis-penulis seperti yang diedarkan.

Datuk Dr Sidek juga memaklumkan beliau akan mengadakan perjumpaan dengan bekas-bekas pimpinan Keadilan yang meninggalkan Anwar bagi menyusun strategi dan gerakkerja untuk menyerang Anwar sebelum dan selepas pembubaran Parlimen. Mereka yang telah dihubungi dan bersetuju untuk sertai perbincangan ini ialah Senator Ezam Mohd Nor, Lokman Adam, Zahid Mohd Arip, Bekas Adun Perak Kapt. Osman Jailu, Jamaluddin Radzi dan Bekas Adun Kedah Mohd Radzi Salleh. Ada berapa nama lagi yang sedang diusahakan.

Datuk Dr Sidek juga memaklumkan Majlis Penerangan bersiri: Siapa itu Anwar Ibrahim akan bermula dengan gugu-guru MRSM Melaka dalam sedikit masa lagi. YAB Ketua Menteri telah dimaklumkan. Beliau mahu hadir bersama nanti.

Datuk Dr Sidek mencadangkan Urusetia berhubung dengan pejabat Tun Dr Mahathir agar satu pertemuan diadakan bagi menjelaskan gerakkerja yang kita lakukan. Juga bagi mendapat pandangan beliau apa lagi yang boleh dilakukan kerana Tun punyai banyak strategi menjatuhkan Anwar satu masa dulu. Mungkin pandangan Tun boleh dikongsi bersama.

En Osman Abdul Majid
En Osman memaklumkan kumpulan pelajar UUM yang diberi tugas untuk membina blog-blog telah bersedia untuk uploadkan berita Anwar. Empat dari mereka telah bertemu dengan bloger Papagomo di Pulau Pinang. Urusan pembayaran selesai.

En Osman memperingatkan mesyuarat kumpulan Pemuda UMNO yang ditugaskan untuk ganggu ceramah-ceramah Anwar tidak bagitu berkesan. Kelihatannya mereka takut kerana ada kes dimana mereka dipukul oleh penyokong Anwar dari kaum India, polis tidak bertindak mempertahankan mereka. Adalah dicadangkan khidmat Perkasa digunakan.

En Osman mohon Pengerusi ambil tindakan memaklumkan kepada Menteri Pertahanan akan terdapat kemasukkan Panglima Tentera secara ramai-ramai ke Pakatan Rakyat. Pegawai-pegawai tentera pangkat rendah sudah berani menghadiri ceramah-ceramah pembangkang. Dengan kemasukan Panglima mereka, ini akan memberi impak yang hebat.

En Osman juga bimbang dengan moral pihak polis yang bertugas di negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang. Mereka nampak akur dengan arahan pimpinan negeri. Sesuatu harus dilakukan. Mohon Pengerusi bawa perkara ini kepada pengetahuan Menteri Dalam Negeri.

Syed Abul Hussin Syed Kismas

Tuan Syed Hussin bangkitkan isu garis panduan media perdana. Terdapat isu-isu yang kontrovesial yang tidak diuruskan dengan baik oleh media. Sebagai contoh isu Kalimah Allah. Masyarakat Islam agak keliru dengan jawapan yang diberikan oleh Kerajaan. Minta Urusetia aturkan satu pertemuan diantara Majlis Keselamatan Negara dengan semua pimpinan media agar kegiatan diselaraskan. Semasa Pengerusi menjadi Setiausaha Politik Perdana Menteri, Pengerusi mainkan peranan ini tapi kini tidak terurus.

Tuan Syed Hussin ingatkan mesyuarat Anwar mempunyai pengaruh yang kuat dengan pemimpin Negara Islam dunia. Beliau bebas bergerak bertemu dengan mereka pada bila-bila masa. Pengerusi diminta menasihati Perdana Menteri supaya mesti ada program yang melibatkan Perdana Menteri dengan dunia Islam.

Antara yang boleh diambil tindakan segera ialah:

1) Lawatan ke Palestin

2) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Filipina Selatan

3) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Selatan Thailand

4) menunaikan Umrah. Kegiatan ini boleh menaikkan sokongan Melayu kepada Perdana Menteri.

Raja Ariff Kamaruddin

YM Raja Ariff bangkitkan bagaimana media nyamok seperti Suara Keadilan, Harakah dan beberapa media lain bagitu berani menyiarkan berita Anwar. Kritikan Anwar di media ini memberi kesan kepada orang Melayu. Sekatan mesti dikenakan ke atas mereka.

YM Raja Ariff juga bangkitkan isu Anwar menang dalam perbicaraan saman Utusan Melayu dan beberapa saman yang lain. Adakah jalan yang boleh digunakan untuk mempengaruhi mahkamah untuk tidak umumkan keputusan sebelum pilihanraya. Jasa baik Menteri harus diguna untuk minta hakim-hakim tangguh pengumumkan. Kita tidak pengaruhi keputusan hakim tapi minta tangguh pengumuman sahaja.

YM Raja Ariff menyebut media perdana banyak melaporkan kes kematian kaum India yang kononnya diakibatkan oleh Kerajaan. Anwar telah gunakan isu ini untuk mendapat sokongan dari kaum Bukan Melayu. Satu arahan tegas hendaklah dikeluarkan kepada media agar kes sebagini yang melibatkan Kerajaan dipadamkan dari pengetahuan umum.

3. Lain-lain hal

Pengerusi maklumkan beberapa projek dan program besar akan diumum dan dilaksanakan pada tahun hadapan dan minta mesyuarat beri pandangan dan feedback dalam mesyauart yang akan datang.

Parlimen besar kemungkinan akan dibubarkan pada awal bulan Mac 2013

Akan ada pergerakan Polis dan Tentera bersekala besar di Sabah pada bulan Januari dan Februari 2013.

Satu team baru yang akan diketuai oleh Papagomo telah ditubuh untuk rekacipta video clip skandal sex Anwar Ibrahim, keluarganya dan Pimpinan Kanan Keadilan. Projek ini akan beroperasi diluar Negara.

Pengerusi meminta Datuk Dr Sidek Baba ketuai sekumpulan pemikir bagaimana mahu pecahkan Pakatan Rakyat dan Anwar disisihkan oleh Pimpinan Pakatan yang lain. Dr Ramzan di Pejabat Tun akan membantu Dr Sidek.

Tuan Majid Daud diminta bina satu team bukan dari kalangan Pemuda UMNO untuk halang dan ganggu pergerakan Anwar dengan Bas Keadilan. Gunakan apa cara untuk memperlahan gerakan beliau. Elak dari berlaku pertembungan dua kumpulan kita dan mereka kerana kumpulan penyokong Anwar terlalu besar. Ini mungin membahayakan kumpulan kita. Jika apa-apa berlaku tidak tidak akan bertanggung jawab dan kita tidak akan mengaku mereka dari kumpulan kita.

Pengerusi memaklumkan semua ahli mesyuarat boleh mengambil tiket kapal terbang dari Zaleha, Setiausaha beliau dan mengucapkan selamat bercuti bersama famili.

Mesyuarat akan datang ialah pada minggu pertama bulan Januari 2013 dan akan dimaklumkan tarikhnya.

Mesyuarat ditangguhkan dengan membaca Wal’As.

18 comments:

  1. Pendedahan mungkin ada kaitan dengan ahlinya juga.perlu disiasat dulu.

    ReplyDelete
  2. Minit mesyuarat seperti ni bukannya susah untuk ditulis.boleh direka-reka oleh sesiapa saja..

    ReplyDelete
  3. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menganjurkan siri perhimpunan haram di seluruh negara kerana mahu mengalih tumpuan rakyat daripada tiga perkara yang paling ditakutinya.Ketiga-tiga perkara itu ialah rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah dan pendedahan bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung aktiviti seks beliau.

    ReplyDelete
  4. Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, Anwar akan memastikan ketiga-tiga perkara tersebut 'dilenyapkan' daripada minda rakyat walaupun tindakannya itu akan mengundang kemudaratan terhadap agama, bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  5. Mengulas lanjut, Ezam berkata, politik yang dibawa Anwar bukan berlandaskan menyelesaikan masalah rakyat atau negara tetapi semata-mata untuk memuaskan nafsu peribadinya sahaja.Bukti paling jelas, katanya, ialah pendedahan sahabat karib Anwar iaitu bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang memberitahu Ketua Pembangkang itu sanggup berbohong dan mengkhianati janji kerana mahu menjadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  6. "Setiap rakyat yang waras seharusnya sudah nampak jelas jenis pemimpin apa Anwar ini, iaitu jenis pemimpin yang mempergunakan rakyat bagi menyelesaikan masalah peribadinya bukan pemimpin yang sanggup berkorban kepentingan peribadinya untuk rakyat.

    "Negara ini sudah terlalu lama menjadi mangsa pemimpin songsang ini dan memang sampai masanya untuk riwayat politik songsang Anwar ditamatkan demi kepentingan rakyat dan negara," tegasnya.

    ReplyDelete
  7. Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, secara lazimnya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu akan bersungguh-sungguh mencipta suatu peristiwa besar bagi melindungi kegelisahannya maka sebab itu perhimpunan haram digerakkan.

    "Anwar telah menggerakkan segala jentera PKR untuk menjayakan perhimpunan haram, biarpun gagal mendapat sokongan penuh daripada pemimpin tertinggi Pas dan DAP. Ternyata perhimpunan tersebut adalah agenda peribadi beliau, tetapi menipu penyokong pembangkang dan rakyat Malaysia kononnya untuk menyelamatkan negara,'' ujarnya.

    ReplyDelete
  8. Seorang lagi bekas Setiausaha Sulit Ahli Parlimen Permatang Pauh itu,Muhamad Rahimi Osman berkata, Anwar kini benar-benar terdesak untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap segala isu yang dihadapinya.

    Jelasnya, terlalu banyak dosa Anwar kepada negara, sehinggakan Ketua Pembangkang itu tidak lagi mampu menjawab satu persatu isu tersebut dan cara terbaik bagi melarikan diri adalah dengan menghasut rakyat turun ke jalanan atas sesuatu perkara yang remeh dan tidak benar.

    ReplyDelete
  9. Tidak sahaja dunia politik, bahkan bidang-bidang lain turut mengambil kesempatan semahu-mahunya sehinggakan rakyat negara yang terdiri daripada pelbagai penganut pelbagai parti politik, mahupun pemercaya pelbagai akidah politik, menjadi mangsa.

    Mungkin keseronokan menyokong para pemimpin dan parti politik yang disukai, menyebabkan masing-masing menjadi buta hati dan buta perut sehinggakan tanpa sedar, mereka sebenarnya telah dikenakan oleh kapitalis dan pengaut keuntungan yang berbentuk individu mahupun pertubuhan.

    ReplyDelete
  10. Puak kapitalis berjaya mengaut keuntungan hasil daripada pertembungan pelbagai fikrah dan fahaman politik. Sengaja melaga-lagakan rakyat Malaysia dan mewujudkan pelbagai ketidakpuasan hati, membolehkan mereka menusukkan jarum fitnah dengan senang hati dan tanpa sebarang halangan.

    Menariknya, puak-puak yang sebenarnya tidak ubah seperti biawak pemakan bangkai itu, mempunyai kambing hitam mereka sendiri untuk dikorbankan. Kambing hitam itulah yang akan dipersalahkan walaupun perbuatan tersebut dilakukan oleh mereka. Dan mereka pula sentiasa terselamat daripada pelbagai tindakan mahupun halangan kerana ada pula pihak yang memusuhi kambing hitam, sanggup membela mereka.

    ReplyDelete
  11. Itulah yang sedang berlaku di Malaysia. Pertembungan pelbagai penganut aliran politik di Malaysia telah dipergunakan dengan sebaik-baiknya oleh puak-puak yang sentiasa memikirkan keuntungan walaupun keuntungan mereka itu dibina hasil daripada kesengsaraan orang lain.

    Satu perkara yang menarik ialah, puak-puak ini tidak pernah berfikir tentang orang lain. Yang mereka fikirkan saban masa hanyalah perut dan tembolok sendiri.

    ReplyDelete
  12. Kambing hitam yang sedang mereka lapah adalah Najib Abdul Razak dan kerajaannya. Semua perbuatan jahat yang mereka lakukan, apabila terdedah, akan segera dipindahkan kepada Najib Abdul Razak dan Kerajaan Barisan Nasional.

    Kita boleh melihat bagaimana orang tengah, pemborong dan pembekal semua barangan keperluan menaikkan harga barangan masing-masing, dengan mengambil kesempatan daripada kekacauan politik di negara ini. Mereka bijak kerana telah mempergunakan atau dipergunakan pula oleh sebuah parti politik yang sentiasa mencari-cari kaedah terbaik untuk berkuasa.

    Parti politik berkenaan bukannya PKR atau Anwar Ibrahim, sebaliknya DAP dan Lim Kit Siang!

    ReplyDelete
  13. Memandangkan golongan sebangsa dengan Lim Kit Siang merupakan pembekal utama untuk semua barangan keperluan di negara ini, mereka mempunyai kuasa yang tidak boleh disangkal sama sekali. Mereka pintar bermain dengan taktik dan teknik yang boleh menyebabkan para pengguna menyalahkan Najib Abdul Razak dan kerajaannya yang disifatkan sebagai kurang bertaring.

    DAP sedang mengapi-apikan manusia sebangsa mereka, kononnya kerajaan telah menaikkan pelbagai cukai perkhidmatan mahupun barangan. Justeru, mereka tidak ada pilihan lain kecuali menaikkan harga barangan yang amat diperlukan oleh rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  14. Sekalipun penjelasan telah diberikan oleh pihak berkuasa dan kerajaan bahawa tiada sebarang kenaikan harga barangan dibenarkan, namun memandangkan penjelasan tersebut hanyalah DIFAHAMI OLEH MELAYU-BUMIPUTERA, puak-puak yang dihasut oleh DAP itu, tidak menghiraukannya dan kekal dengan pendirian mereka untuk menaikkan harga.

    Dan hari ini, di seluruh Malaysia, rungutan demi rungutan telah dibuat oleh rakyat marhein ang merungut tentang kenaikan harga barangan secara mendadak. Sekali lagi Najib Abdul Razak dipersalahkan dan kerajaan yang dipimpinnya disifatkan sebagai kerajaan yang gemar menaikkan harga barangan.

    ReplyDelete
  15. Mereka bebas dan mereka tidak dipersalahkan. Sebaliknya yang dimarahi oleh marhein adalah Najib Abdul Razak dan kerajaannya. Semua tuduhan dan fitnah buruk dilemparkan kepada Najib dan kerajaannya sedangkan pihak yang melakukannya secara sengaja, lepas bebas dan masih mampu mengaut keuntungan berlipat-lipat kali ganda.

    Mungkin agak keterlaluan kalau dikatakan, KOMUNITI PENGGUNA di negara ini sebenarnya TERLALU JAHIL, SOMBONG dan ANGKUH. Mereka tidak melihat kuasa yang ada pada mereka, sebaliknya mereka lebih gemar menyalahkan pihak yang langsung tidak kena-mengena seperti Najib Abdul Razak dan kerajaannya.

    ReplyDelete
  16. Sekarang ini, perbuatan mengambil kesempatan tidak hanya dilakukan oleh mereka yang bermata sepet, sebaliknya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, pun sama naik dengan puak-puak yang sudah lama menghisap darah rakyat Malaysia.

    Bukti terbaru ialah ancaman daripada sebuah persatuan pengendali bas ekspress yang tidak peduli dengan rayuan daripada arahan daripada pihak kerajaan agar tidak menaikkan tambang. Persatuan tersebut bertegas untuk mengenakan tambahan bayaran tambang sebanyak 30% dengan alasan skeptik iaitu peningkatan kos.

    ReplyDelete
  17. Walau apa pun alasannya, sebenarnya yang menjadi kuasa, bukanlah kerajaan mahupun puak-puak pembekal perkhidmatan atau orang tengah. Sebaliknya yang benar-benar berkuasa dalah orang awam dan pengguna. Sebarang tindakan bijaksana dan bersepadu daripada pengguna, akhirnya menyebabkan puak-puak yang sangat sombong dan suka menghisap darah itu akan terpaksa mencari kerja atau perniagaan lain.

    Mengapa tidak digunakan kuasa yang ada pada setiap daripada kita berbanding menyalahkan Najib Abdul Razak dan kerajaannya kerana kenaikan harga barangan serta perkhidmatan seperti tambang bas ekspress?

    ReplyDelete
  18. Minit Mesyuarat 15 Disember 2012... Antaranya, "Akan ada pergerakan Polis dan Tentera bersekala besar di Sabah pada bulan Januari dan Februari 2013." Adakah ini peristiwa serangan Sulu? --- TOLONG JANGAN MAIN-MAIN HAL KESELAMATAN NEGARA. JANGAN MEMFITNAH KERAJAAN... Jika hendak berpolitik biarlah betul, jangan tabur fitnah dan menghasut orang. Siapapun boleh tulis macam-macam, tapi mana buktinya! Fikirkanlah, jika benar tentu sudah minit ini telah dibawa report ke balai polis. Kenapa tidak --- kerana ia fitnah, bukan?!

    ReplyDelete

Search This Blog