Top posts

Featured Posts

Tunggu enam bulan lagi selesai masalah air

Datuk Abdul Rahman Dahlan
KOTA BELUD : Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang lantang menyokong segala dasar Umno mendapat kejutan apabila para pelajar dan ibu bapa yang sedang mendengar ucapannya bertepuk tangan pada masa yang tidak diduga.
Para pelajar dan ibu bapa bertepuk tangan ketika anggota parlimen Umno itu menyindir pihak pembangkang pada ucapannya sempena penyampaian bantuan tunai RM100 kepada para pelajar SMK Pekan Kota Belud II di sini semalam.
“Di pihak sebelah sana, mereka ini hanya pandai bercakap “undilah saya sebab BN (Barisan Nasional) menindas rakyat”..” katanya disambut tepukan oleh hadirin yang sepatutnya “mengeboo” pembangkang yang cuba diperkecil-kecil oleh Abdul Rahman.
Keadaan itu memaksa beliau yang juga Setiausaha BN Sabah, berusaha keras menyembunyikan kehairanannya dengan tepukan itu.
Seperti biasa, Abdul Rahman memuji-muji hanya BN sahaja yang boleh membantu rakyat di negara ini.
Dakwanya tiada kerajaan lain di dunia yang memberi bantuan kewangan kepada rakyat seperti yang kerajaan Malaysia buat.
Mungkin beliau betul dari satu aspek.
Dakwaan tidak benar
Bagaimanapun dakwaan itu memang tidak benar sedangkan negara maju seperti England pun memberi bantuan kepada rakyatnya yang berhak.
Bahkan bantuan di negara maju dan lain lebih berpanjangan dan tidak bermusim.
Abdul Rahman juga menjanjikan bahawa masalah bekalan air di Kota Belud akan selesai dalam tempoh enam bulan lagi.
“Kalau dapat tunggu berpuluh tahun (tiada air) kenapa tidak boleh tunggu enam bulan lagi…” katanya di tengah-tengah hingar-bingar lebih 300 hadirin yang sudah mula bosan mendengar ucapannya.
Kebanyakan kampung di Kota Belud masih belum mendapat bekalan air terawat malahan banyak kampung masih bergantung sepenuhnya kepada air mentah sungai, perigi mahupun hujan.
Seorang bapa kepada murid yang hadir kedengaran bercakap dalam bahasa Bajau “sudahlah, itu saja ucapannya di semua tempat”.
Seorang bapa lain yang sudah mula bosan telah menepuk-nepuk pintu dewan sekolah itu dengan agak kuat dan tidak berapa lama kemudian, Abdul Rahman mengakhiri ucapannya.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog