Top posts

Featured Posts

Penduduk Green Cow, Cameron Highland Akan Turun Ke Putrajaya - Memorandum Kepada Peguam Negara!

Parti Sosialis Malaysia (PSM) bersama penduduk Green Cow akan hadir ke Jabatan Peguam Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Peguam Negara - menuntut pengguguran 2 kes keatas penduduk Green Cow seperti berikut kerana ianya tidak berasas dan memperlihatkan niat jahat pihak polis dengan Pemaju terhadap penduduk Green Cow dalam niat mereka mendirikan satu pusat membeli belah.
 
Kes 1
13-10-2011- 3 penduduk Green Cow iaitu Suresh Kumar, S.Nagarajan, S.Thanabalan yang telah ditahan oleh polis di bawah  seksyen 341KK dan S.Nagarajan di bawah seksyen 506KK. Mereka dibebaskan oleh Mahkamah Majistrat pada 30-7-2012. Akan tetapi DPP merayu kes ini ke Mahkahmah Tinggi (MT) Temerloh dan kesnya akan didengar di Mahkamah Tinggi pada 24/8/12.
 
Kes 2
24-7-2012 – 2 penduduk Green Cow iaitu S.Marapan dan S.Ravindran ditahan polis kerana menahan pemandu lori pemaju Ng Yeet N. Marapan dimasukkan dalam lokap 1 hari. Marapan dan Ravindran dituduh di Mahkahmah Majistret Cameron Highland dibawah seksyen 341KK kerana halang lori pemaju pada 11/9/12. Sebutan kesnya pada 2-10-2012.
 
Penyerahan memorandum adalah seperti berikut:
 
Tarikh             : 21 September 2012 (Jumaat)
Masa               : 10.30 pagi
Tempat            : Jabatan Peguam Negara, No.45, Persiaran Perdana, Presint  4,
                           62100 Putrajaya.
 

No comments:

Post a Comment

Search This Blog