Top posts

Featured Posts

Menjelang PRU-13..., MAMPUKAH PEMBANGKANG GUGAT BN DI TENOM?

Oleh: Mail Mathew
TENOM: Bahang Pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) semakin hangat dirasakan rakyat di seluruh negara dimana diantaranya turut dirasai terutamanya dikawasan Dun Melalap yang diramalkan pembangkang kononnya kawasan itu akan jatuh ke tangan mereka selepas PRU-13.

Pembangkang beralasan bahawa rakyat dikawasan sekitar Mukim Melalap yang penduduknya mencecah lebih 5,000 orang marah kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) telah gagal menunaikan beberapa pembangunan yang pernah dijanjikan mereka sejak PRU-12 (Tahun 2008).

Antara janji pembangunan yang didakwa mereka telah gagal ditunaikan kerajaan BN seperti pembinaan pekan kecil Melalap, pelaksanaan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan jambatan di Pusat Kebudayaan Murut (PKM) sebagai jalan pintas terus ke Taman Pertanian Sabah (TPS) Lagud Seberang.

Malahan pembangkang terus mengambil kesempatan dari kelemahan BN itu dan terus menjaja isu tersebut sejak Tahun 2008 dengan harapan bahawa rakyat akan terus membenci kerajaan BN terutamanya Wakil Rakyat Dun Melalap dengan berbagai tuduhan dilemparkan.

Bagaimana pun taktik politik pembangkang terutamanya Parti Maju Sabah (SAPP) tidak dapat bertahan lama untuk menjaja isu isu tersebut kerana pada akhirnya (sebelum PRU-13) kerajaan BN mampu menunaikan janji janji tertunggak mereka satu demi satu dalam masa terdekat ini.

Pembinaan pekan kecil Melalap yang menjadi tunggak isu mereka sebelum ini akan berlangsung majlis pecah tanah yang bakal disempurnakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman pada September 29, sebagai simbolik memulakan pelaksanaan projek tersebut manakala jambatan di PKM sudah diluluskan kerajaan termasuk perlantikkan kontraktor boleh dimulakan pelaksanaannya pada bila bila masa.

Tamparan demi tamparan terpaksa diterima pembangkang kerana isu isu yang mereka jaja sebelum ini kini kerajaan BN telah mula menunaikannya satu demi satu termasuk SDC yang baru sahaja Timbalan Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) ketika merasmikan persidangan tahunan PBS Dun Melalap beberapa bulan lalu dekat sini bahawa SDC akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Selain itu, gagasan pembangkang dikawasan Parlimen Tenom terdiri daripada SAPP, DAP, PKR dan Parti Star yang saling tidak sebulu dalam apa apa juga strategi untuk menghadapi BN pada PRU-13 kerana masing masing menjadi juara dijangka menjadi sebahagian daripada masalah mereka untuk merealisasikan impian mereka untuk menawan kawasan ini daripada kuasa BN.

Lebih parah lagi, apabila pergolakkan dalaman SAPP dikawasan CLC Melalap yang memperlihatkan 3 pemimpin bahagian dan beberapa lagi pemimpin diperingkat cawangan telah mengumumkan perletakkan jawatan masing masing pada beberapa hari lalu menjadikan fungsi bahagian itu kini semakin goyah.

Manakala PKR juga mengalami masalah yang sama ibarat “Tarian selalu sumbang” selepas kehadiran kumpulan NGO-APS (Angkatan Perubahan Sabah) yang menjadi sayap PKR dimana kehadiran NGO itu difahamkan tidak melalaui kepimpinan Cabang PKR Tenom yang dipimpin Datuk Halik Zaman.

Kekukuhan dan kesepakatan BN Tenom untuk meyakinkan jumlah pengundi terdaftar Parlimen Tenom (merangkumi Dun Melalap dan Kemabong) seramai hampir 22,000 dibawah teraju Pengerusinya Datuk Rubin Balang tidak dapat disangkal kewibawaannya yang telah pun terbukti malah mendapat pengiktirafan Ketua Menteri Sabah sendiri ketika beliau berucap merasmikan Persidangan Umno serentak antara Umno Tenom dengan Pensiangan dekat sini baru baru ini.

Senario politik di Tenom yang merangkumi dua Dun iaitu Dun Melalap dan Dun Kemabong pada ketika ini mungkin berbeza dengan lain lain kawasan kerana beberapa ramalan yang datangnya dari luar dimana pada sebelum ini banyak meramalkan ia memihak kepada pembangkang namun harapan ramalan itu banyak bergantung kepada faktor bakal calon yang diturunkan kelak oleh pembangkang yang harus memenuhi kreteria yang dikehendaki para pengundi yang mana rata rata daripadanya mahukan seorang pemimpin baru dan berwibawa.

Sebaliknya, begitu jugalah keadaannya dengan BN, selain janji janji pembangunan yang tertunggak perlu ditunaikan, kepimpinan BN perlu melepasi halangan kedua yang banyak berkisar kepada kreteria bakal calon yang perlu memenuhi kecirian sebagai “winnable candidate” sepertimana yang disyaratkan Perdana Menteri Dato'Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Konklusinya, rakyat dikawasan disini pada keseluruhannya, mereka masih mempunyai deria yang tinggi untuk menyokong BN berdasarkan kewibawaan dan kemampuan BN memimpin kerajaan sebelum ini, masih diletakkan mereka sebagai pilihan tertinggi namun harapan itu akan berubah dengan pantas jika BN sekadar ibarat “Melepaskan batuk ditangga” terhadap syarat syarat yang diutarakan rakyat sebelum ini supaya pembaharuan drastik dan menyeluruh terhadap bakal calon yang diturunkan termasuk penstrukturan semula sistem kerajaan sebelum PRU-13.

28 comments:

  1. looking at the current development in local politics scene, any opposition party will not going to gain much support in Tenom if they continue to bickering among themselves...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selain parti PKR, PAS dan DAP di Sabah, semuanya mahu bertanding atas tiket parti sendiri. memang tidak akan wujud kerjasama untuk bertanding 1 lawan 1 dengan BN.

      Delete
    2. Tidak semudah disangkakan oleh Pembangkang. Ini kerana bagaimana pun BN tetap yang terbaik setakat ini. Pembangkang apa sudah jadi sekarang? Mana gabungan Pembangkang. Ini semua tidak menjadi kerana Anwar tidak pasti dapat tunaikan janji atau tidak.

      Delete
    3. The opposition is trying to find their way back because their reputation has turn sour.

      Delete
    4. Masalah utama pembangkang ini ialah harapan mereka terlalu tinggi sehingga jatuh ke bumi.

      Delete
    5. bukan mudah laluan pembangkang di Sabah.

      Delete
  2. BN with strong back-up,not easy to defeat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sudah tentu, lihat sajalah berapa lama BN berdiri kukuh.

      Delete
    2. BN Sabah memang kuat sejak dulu lagi.

      Delete
  3. All the best to BN and opposition in Tenom. rakyat will choose wisely!

    ReplyDelete
  4. I'm sure the people will know how to make sure the winning of BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rakyat pasti dapat buat pilihan dengan sebaiknya pada pru akan datang.

      Delete
  5. BN akan menang dalam PR13.

    ReplyDelete
  6. Good luck to all.

    ReplyDelete
  7. Siapapun yang bertanding next GE nanti all the best dan kepada para pengundi pula buat pilihan yang tepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, biar rakyat tntukan siapa yang akan menang nanti.

      Delete
  8. Macam mana pembangkang mahu gugat umno kalau pembangkan sendiri pun bercerai berai. hehe

    ReplyDelete
  9. Pembangkan pasti akan berusaha keras utk tawan Tenom dan begitu juga dengan BN. BN juga pasti akan terus lakukan yang terbaik utk pastikan rakyat terus menyokong mereka.

    ReplyDelete
  10. Soal siapa yang mennag tu, nantilah kita tunggu dan lihat saja.

    ReplyDelete
  11. BN Sabah tetap kukuh walaupun byk cabaran dihadapi.

    ReplyDelete
  12. Tenom Umno Division chief Datuk Rubin Balang is confident that Barisan Nasional (BN) will repeat its success by winning all the state and parliamentary seats in the interior in the coming general election. His confidence is based on the support from the people who are now more in favour of BN which had brought big changes in the interior. “The people in the interior who enjoy the present development still want BN to continue to lead the state and federal governments,” he told reporters at the opening of the joint Tenom and Pensiangan Umno Division delegates meeting held at Datuk Seri Panglima Antanom Hall. Sabah Umno liaison chairman and Chief Minister Datuk Seri Musa Aman officiated the meeting which was attended by over 3,000 delegates and observers from both divisions.

    Rubin, who is also Tenom BN chairman, is convinced that only BN can look after the welfare of the people.He said in the last election, all the state and parliamentary seats in interior areas were won by BN. Among them were Tambunan, Bingkor, Liawan, Melalap, Kemabong, Sook, Nabawan, Tenom, Pensiangan and Keningau parliamentary areas. On the possibility of Parti Bersatu Sabah (PBS) putting its candidate for the Tenom parliamentary seat, Rubin, who is also Kemabong assemblyman, said any BN component party could submit a proposal in accordance with the democratic system adopted in this country.However, he said the decision on the matter would only be decided by the BN leadership, adding that all parties should abide by whatever decision the BN leadership had made and work as a team to ensure BN’s victory.

    ReplyDelete
  13. On the various issues raised by the opposition to gain support in Tenom, including the government’s introduced communal titles, Rubin said the allegation was not true because the good intention of the government was to ensure that the people had their own land to work on.Rubin had, in his speech earlier, also put forward a number of issues for the government’s attention, among others the road upgrading in Ulu Tomani, the establishment of Melalap township, the low rubber prices paid to smallholders, and the bridge that connects Murut Cultural Centre to Sabah Agriculture Park.“I hope these issues can be addressed by the government for the people of this district,” he said.At the event, the Chief Minister received new Umno membership forms from about 300 members of the opposition, including former independent candidate in Tenom, Sim bin N. C. Rikin who joined Umno Tenom and attended Tenom Umno Hari Raya open house held at the hall compound. More than 3,000 people, including Tenom Umno division chief Datuk Rubin Balang, Pensiangan Umno division chief Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin, Keningau Umno division chief Datuk Haji Sairin Karno and Tenom member of parliament Datuk Raime Unggi were at the event.

    ReplyDelete
  14. pembangkang napak berpecah, jadi susah mereka mahu menang.

    ReplyDelete
  15. kelebihan berpihak pada BN kerana rata2 rakyat menyokong BN.

    ReplyDelete
  16. jangankan di tenom, untuk menggugat kedudukan BN di seluruh sabah pun belum tentu pembangkang mampu..

    ReplyDelete
  17. dengan sikap ketua parti pembangkang yang tamak haloba, bagaimana mungkin mereka mampu merampas kerajaan negeri sabah? jika tidak ada satu lawan satu, jangan harap la pembangkang boleh menang..

    ReplyDelete
  18. walaupun ada bebarapa pemimpin BN telah keluar meninggalkan BN, itu tidak bermakna pembangkang mempunyai peluang cerah untuk menumbangkan kerajaan.. lihat saja ketika sapp keluar daripada BN.. ada BN terjejas?? makin kukuh ada la..

    ReplyDelete

Search This Blog