Top posts

Featured Posts

Langkah melantik pemandu pelancong asing bekerja di Sabah satu penghinaan, parti KITA

Oleh: Mail Mathew
Mutang (kiri), Dato' Zaid Ibrahim Presiden Parti Kita (tengah)
bersama Setiausaha Perhubungan Parti Kita Sabah Alias
Benjamin semasa lawatan mereka ke kediaman Presiden.
TENOM: Langkah Kementerian Pelancongan Persekutuan (KPP) membenarkan pemandu pelancong asing dari Korea bekerja dinegara ini khususnya diSabah walaupun dalam keadaan terpaksa untuk memenuhi keperluan tersebut tetapi tindakan itu bukanlah sesuatu yang sebijak bijaknya dalam mengatasi masalah kedatangan pelancong luar hanya kerana isu 'bahasa'.

Malahan KPP telah diwujudkan begitu lama tetapi agak mengejutkan banyak pihak kerana isu 'bahasa' menjadi kekangan untuk melayani mereka mengakibatkan negara ini terpaksa tunduk kepada kemahuan mereka supaya melantik pekerja asing untuk tujuan itu.

Ketua Penerangan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Sabah Mutang Dawat @ Sylvester dalam satu kenyataan disini pada Khamis sebagai mengulas isu pengambilan pekerja Korea sebagai Pemandu Pelancong berbahasa Korea dinegara ini terutamanya di Sabah.

Apakah negara ini yang telah membangun dengan pesatnya selepas merdeka 55 tahun tetapi masih mundur didalam sektor pelancongan terutama dasar dasar luarnya masih ketinggalan untuk melatih kakitangannya bagi menguasai bahasa bahasa luar yang ada kepentingan dari aspek pelancongan, tanya Mutang.

“ Kita mempunyai IPTA dan IPTS yang banyak diseluruh negara dimana kursus mereka banyak yang mengkhususkan kepada sektor pelancongan...kenapa isu bahasa asing tidak dimasukkan ke dalam kurikulum bahasa kemestian sesebuah institusi itu (malah) apa KPP lakukan selama ini,” tegas Mutang.

Pada Selasa, Menteri Pelancongan Dato' Seri Dr Ng Yen Yen ketika menjelaskan kekalutan isu tersebut selepas diasak pertanyaan beberapa pihak terutamanya pembangkang menegaskan bahawa langkah sedemikian merupakan langkah sementara untuk memenuhi keperluan kekurangan pemandu berbahasa asing diSabah.

Dalam pada itu, dalam satu perkembangan lain, Mutang yang baru pulang daripada satu mesyuarat tertinggi Parti Kita Kebangsaan di Kuala Lumpur baru baru ini antara lain menegaskan bahawa Parti Kita akan meletakkan calon untuk bertanding dibeberapa kawasan Dun atau Parlimen diSabah pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) akan datang ini.

Bagaimana pun, tegas Mutang, prinsip satu lawan satu serta kerjasama dengan parti parti pembangkang diSabah menjadi teras dan harapan parti itu ketika menghadapi Barisan Nasional (BN) pada PRU-13.

Ditanya kawasan kawasan yang bakal ditandingi Parti Kita termasuk latar belakang bakal bakal calon mereka Mutang berkata, “ Saya tiada kuasa atau pun 'locus standi' mengumumkan nama nama pemimpin yang bakal dicalonkan termasuk kawasan Dun atau MP...itu kena tanya Presiden atau Pengerusi Parti Kita Sabah Datuk Pg Othman Rauf...maaf saya tidak pasti, “ tegas Mutang.

Ditanya lanjut sama ada Parti Kita sudah terlibat sama dalam beberapa siri perbincangan dengan gagasan pembangkang diSabah sebelum ini beliau berkata, “ Kita mengharap sangat jika kami dipelawa tetapi kami pasti memberi komitmen dalam perbincangan itu kelak,” tambahnya lagi.

Selain itu, Presiden parti itu Dato' Zaid Ibrahim yang telah mengumumkan 7 kawasan Dun dan Parlimen ditandingi parti itu diKedah baru baru ini, dijangka akan melakukan lawatan dinegeri ini untuk meninjau persiapan parti itu untuk menghadapi PRU-13 dalam masa terdekat.

38 comments:

  1. KITA...another Mosquito trying to test their luck in Sabah...occasional press statement like this will not going to bring KITA anywhere in Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dorang mahu berusaha bah tu tarik perhatian, so caranya ini sajalah. hihi

      Delete
    2. Sama juga macam orang kita bekerja di luar Negera untuk memenuhi keperluan di sana.

      Delete
    3. Ingatkan KITA tidak wujud lagi sebab dulu dikatakan KITA ni telah dibubarkan.

      Delete
    4. Tidak salah rasanya memberikan cadangan bukan. Apa guna kalau tidak boleh buat cadangan.

      Delete
    5. Rasanya perkara ini perlu diteliti sebaiknya. Ini rasanya tidak ada masalah sebenarnya. Betul kata GIG itu. Begitu juga berlaku dengan warga Malaysia yang diimport seperti perkara diatas. Jadi apa salahnya ini berlaku di Negara kita. Lagipun ini diperlukan segera dan bukannya mahu menunggu pemandu pelancong tempatan fasih berbahasa.

      Delete
    6. kerajaan takkan buat sesuatu yang jejaskan kepntingan pemandu pelancong tempatan.

      Delete
  2. Ahem, now Kita is speaking about the tour guides issues? Well, I don' think this gonna work out after all.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkara ni kurang sesuai dilaksanakan lah... Nampak macam tour guide kita langsung tak layak pula. huhu

      Delete
    2. Bukan tour guide kita tidak layak..tapi biasalah, ini antara keperluan juga.. ada antara pelancong lansung tidak tahu berbahasa english.. jadi perlu juga ada tour guide dari Korea atau Jepun.

      Delete
    3. ya..jangan saja semua pelancong luar bawa pemandu pelancong mereka sendiri lepas ni.

      Delete
    4. pemandu pelancong tmpatan perlu belajar dan kuasai bahasa asing.

      Delete
  3. Kelmarin DAP sekarang Kita pula, memang " penyayang " la pula pembangkang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja mau cari isu untuk dapat nama.. tapi cari isu ppun jangan lah yang tidak logik.

      Delete
  4. I think the guides issue should just give to the authorities to deal with.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idea yang baik! Justeru, yang tidak ada kaitan tu tak payahlah campur tangan;P

      Delete
  5. Penyelesaian akan ada tidak lama lagi.

    ReplyDelete
  6. Masidi will do his best in making sure both sides are happy with the decision made.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masidi memang takkan duduk diam, dia pasti akan terus berusaha cari jalan yang terbaik atasi hal ini.

      Delete
    2. Betul, pasti Masidi akan dapat mencari jalan agar semua pihak berpuas hati.

      Delete
  7. Jika berjaya ditanggani kesannya pun baik juga untuk kita tu.

    ReplyDelete
  8. Mungkin lebih baik pemandu pelancong kita belajar bahasa selain daripada Bahasa English, bagi memenuhi keperluan sektor pelancongan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih adil kalau pelancong Korea belajar English. saya rasa pemandu pelancong di Sabah ni kebanyakannya tahu berbahasa Inggeris.

      Delete
  9. Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Masidi Manjun has posed a challenge to tourism players to produce more Korean speaking guides within a year.

    ReplyDelete
  10. Speaking after a two-and-a-half-hour meeting with tourism stakeholders, including Sabah Tour Guides Association (STGA), Masidi added that the call to engage Korean guides to guide their nationals while holidaying in Sabah will not be implemented as yet.

    ReplyDelete

  11. Describing the meeting as “harmonious and fruitful”, Masidi said the parties involved had agreed to accept the challenge.

    ReplyDelete
  12. The meeting was organised following objections from local tour guides in Sabah to the Tourism Ministry’s decision to allow Korean tour guides to be given licences and the right to operate in the State.

    ReplyDelete
  13. A group of 30 Sabah Tour Guide Association (STGA) members, who were outraged by the move, said yesterday they would not compromise on the issue and were prepared to do whatever it takes them to protect their livelihood.

    ReplyDelete
  14. On another development, Masidi disclosed that the ministry will be setting up a special committee to look into the alleged animal abuse.

    ReplyDelete
  15. Masid said he had instructed his permanent secretary to carry out immediate investigation into complaints on Korean tour guides feeding proboscis monkey to please their guests, but eventually destructing natural ecosystems.

    ReplyDelete
  16. It was learnt that a group of local tour guides had seen Korean tour guides offering food to proboscis monkeys and hitting monitor lizards while on tour.

    ReplyDelete
  17. harap penyelesaian terbaik akan diperoleh berhubung isu ini.

    ReplyDelete
  18. parti KITA ini macam tiada sumbangan langsung pun di Sabah ni.

    ReplyDelete
  19. langkah melantik pemandu pelancong korea bukan penghinaan, sebaliknya penyelesaian kepada kelemahan2 pemandu pelancong tempatan negeri ini..

    ReplyDelete
  20. jika langkah penyelesaian ini dikatakan penghinaan, bagaimana pula dengan kes "Tarian sumazau hanya untuk golongan rendah akhlak"??

    ReplyDelete
  21. apa yang Mutang Dawat tahu pasal industri pelancongan sabah?? bagaimana beliau menyelesaikan aduan pelancong2 korea yang mahukan pemandu pelancong dikalangan warga negara mereka sendiri?

    ReplyDelete
  22. sepatutnya Mutang menasihatkan pemandu2 pelancong tempatan supaya sentiasa mengetengahkan perkhidmatan yang berkualiti.. atau mungkin Mutang sendiri perlu jadi pemandu pelancong dan menguasai bahasa korea..

    ReplyDelete
  23. pembangkang2 di sabah hanya tahu mengkritik tapi tidak tahu apa penyelesaian terbaik untuk masalah ini.. bagi mereka cukuplah sekadar mempolitikkan isu itu, tidak perlu keluarkan idea penyelesaian..

    ReplyDelete

Search This Blog