Top posts

Featured Posts

Kegagalan UPKO turut buka laluan untuk Dr Jeffrey di Bingkor

Oleh Roger Binson
Terpaksa  mengharungi sungai kerana ketiadaan
Jambatan  Gantung sebagai  alat  perhubungan.
KENINGAU: Kawasan N. 33 Bingkor yang dikuasai oleh UPKO-BN bakal berubah kepimpinan apabila tujjuh kampung berhasrat mengambil alternatif baru untuk menyokong Parti STAR yang diketuai Datuk Dr Jeffrey Kitingan, pada pilihanraya akan datang.

Kawasan yang terlibat adalah Kg. Kuangoh, Kg. Kumawanan, Kg. Norpot, Kg. Lipasu , Kg. Gana, Kg. Kamansi dan Kg. Baru perubahan fenomena Politik berlaku akibat Wakil rakyat di kawasan itu tidak dapat membela nasib dan keperluan rakyat disini.


Pada pilihanraya lalu, UPKO-BN melalui ADUN Datuk Justin Guka telah mengeluarkan kenyataan untuk menaik taraf jalan raya bagi lalauan 7 buah perkampung yang terlibat.

Keadaan infrastruktur yang tidak beraspal itu kini semakin teruk di mana habuk berterbangan dan laluan mula berlubang di kiri dan kanan jalan akibat geselan kenderaan yang menggunakan laluan itu.

Ketiadaan jalan yang berturap menyebabkan penduduk terpaksa bertarung dengan lumpur ketika hujan turun serta melambatkan perjalanan untuk urusan kebandar berdekatan.

Hamdan, 28, seorang penduduk tetap di sini melahirkan rasa kecewanya kepada Borneo Herald berikutan dengan masalah yang di hadapi oleh penduduk kampung di sini.Katanya, laluan sepanjang 10km itu sepatutnya sudah di aspal sebaik sahaja UPKO-BN memenangi kawasan tersebut pada pilihanraya lalu.

“Apa yang kita lihat adalah Janji semata-mata,kenyataan Datuk Justin Guka untuk membela kebajikan rakyat di sini ternyata satu ilusi jauh daripada nyata .semua ini hanyalah janji beliau agar mendapat undi majoriti di N.33 Bingkor ini pada pilihanraya lalu.

"Kita tidak akan percaya lagi pada ‘Janji Terang Bulan’ UPKO-BN ,Penduduk di sini sudah sedar dan akan mengambil langkah bijak untuk memilih Parti STAR pada pilihanraya yang akan di adakan tidak lama lagi.Kita percaya STAR boleh membela nasib rakyat serta membawa reformasi di sini dan siapa juga Calon dari Parti itu akan kami sokong.

"Satu lagi janji yang di buat oleh Datuk Justin Guka baru-baru ini di mana beliau berjanji akan membena balik dua buah jembatan gantung iaitu Bingkor-Kumawanan dan Bingkor-Kuangoh yang rosak akibat banjir besar melanda.

"Apa yang di lihat sekarang ini keadaan masih serupa penduduk kampung dan kira-kira 1000 pelajar sekolah dari kampung berdekatan terpaksa melawan arus untuk kesekolah masalah ini juga telah menimbulkan isu ponteng sekolah murid-murid di sini.

"Kita menunggu bantuan tapi rintihan tidak di pedulikan.Masanya sudah tiba untuk memilih kerajaan yang dapat membela nasib dan kebajikan rakyat pada masa ini,” ujar Hamdan kepada Borneo Herald.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog