Top posts

Featured Posts

Adakan RCI Sebelum PRU13, STAR Tenom

Naib Ketua Bahagian STAR (State Reform Party)
kawasan Tenom, Gosubin Yosundang.
Oleh Ambrose M. Matthew
TENOM: Kerajaan digesa agar jangan terlalu ghairah mengadakan pilihanraya umum kali ke-13 sekiranya masalah mengenalpasti kesahihan dokumen pengenalan diri belum diselesaikan terlebih dahulu menerusi Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI).

Adalah difahamkan bahawa penubuhan RCI telah pun dipersetujui oleh Kabinet Persekutuan dan dijangka akan diumumkan Perdana Menteri pada bila bila masa sahaja, kata Naib Ketua Bahagian Parti STAR (State Reform Party) kawasan Tenom Gosubin Yosundang.

“ Tidak bermakna langsung pilihanraya umum diadakan selagi masalah kesahihan dokumen tidak disahkan benar benar bersih dan sahih. Apa yang kita mahu biarlah pilihanraya itu diadakan seadil adilnya tanpa meragukan status pengundinya,” kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Rabu.

Katanya, isu pengundi hantu dan sebagainya beliau pasti ianya juga tidak disenangi oleh lain lain parti sama ada dipihak kerajaan mahu pun pembangkang yang membawa kepada persetujuan sebulat suara terutamanya UMNO untuk menubuhkan RCI supaya segala keraguan dalam dokumen dapat dibersihkan.

Mengenai dengan terma dan syarat bagi RCI yang mewajar mengenal pasti siapakah sebenarnya yang dirujuk sebagai pendatang asing tanpa izin (PTI) Gosubin berkata ia terpulang kepada kaedah terbaik yang akan digunapakai oleh Panel RCI yang turut mengutamakan persoalan pemberian/pemilikan Kad Pengenalan dan kewarganegaraan kepada rakyat asing menerusi pintu belakang.

Gosubin yang juga merupakan bekas Ketua Anak Negeri ketika era kerajaan Parti Bersatu Sabah berkata, pertambahan kependudukan Sabah yang mendadak begitu pantas dalam beberapa tahun kebelakangan memungkinkan pemberian MyKad kepada rakyat asing salah satu daripada puncanya.

“ Itu sebabnya kita berkeinginan sangat supaya RCI ditubuhkan supaya segala sudut dapat disiasat termasuk siapakah dalangnya. Kita sedar bahawa sejak tahun 1970an pertambahan penduduk sudah berlaku tetapi ia agak perlahan, namun kerancakan pertambahan terus memuncak sekitar tahun 1990an sehingga sekarang...itu sebabnya kita juga mahu tahu puncanya daripada terus bercakaran dan berperang mulut tanpa penyelesaiannya,” tegas Gosubin.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog