Top posts

Featured Posts

Kenapa ‘Petualang Sabah’ Diberi Anugerah?


Saudara Pengarang,
SURAT terbuka ini saya tujukan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah yang telah menganugerahkan pingat Tertinggi Kebesaran Negeri Sabah, ‘S.P.D.K’ yang membawa Gelaran ‘Datuk Seri Panglima’ kepada dua orang ‘Petualang’ di Sabah iaitu Datuk Seri Panglima Hishamuddin Tun Hussien dan Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.

Tidak tahu di mana silapnya dan apa istimewanya kedua-dua ‘makhluk’ siluman manusia ini diberi anugerah tertinggi sedangkan mereka adalah ‘Musuh Ulung’ rakyat Sabah yang hidup dalam ketakutan kerana sentiasa dibayangi maut akibat kebanjiran PATI dan bahaya Bateri Asid Plumbum di Sabah.

Hishamuddin adalah menteri yang langsung tidak bertanggung jawab dan tidak mempunyai cirri-ciri seorang pemimpin UMNO atau Negara kerana tanpa rasa bersalah, begitu mudah melukakan hati rakyat Sabah dengan menafikan kewujudan PATI yang diberi MyKad atau IC Projek.

Sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau mempunyai rekod bahawa 15 orang Pegawai Pendaftaran dan 25 orang awam di Sabah telah disumbat ke Kamunting menjalani Tahanan Tanpa Bicara ‘ISA’ kerana terlibat dalam Skandal IC Projek sekitar 1991; tetapi ditahan pada 1995, setahun setelah BN melakukan Kudita Politik.

Beliau dengan taksub dan tanpa sediikit rasa takut kepada Allah secara terang-terangan berbohong kepada ‘Rakyat Sabah’ dan menafikan kewujudan PATI mendapat atau diberi IC Projek; secara bongkak menolak penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (SSD) untuk menyiasat pemberian kerakyatan songsang kepada PATI di Sabah.

Tidakkah Naib Presiden UMNO ini sedar bahawa beliau menang perebutan jawatan Naib Presiden UMNO kerana sokongan ahli UMNO Sabah yang memikirkan beliau mampu menyelesaikan isu kerakyatan songsang dan menyelesaikan masalah PATI di Sabah.

Sebaliknya selepas memenangi kerusi keramat berkenaan, beliau melupakan amanat rakyat Sabah kerana secara terbuka mengkhianati rakyat Sabah apabila menolak permintaan pemimpin Sabah termasuk Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing yang telah menghantar memorandum beserta bukti kepada Menteri Dalam Negeri bagi membantu siasatan dan mendesak penubuhan SSD.

Keangkuhan Hishamuddin ini menunjukkan betapa rendahnya kualiti kepimpinan dan kredibiliti beliau sehingga mencalar integriti KDN yang ternyata sudah lama menanamkan bibit kebencian di kalangan rakyat Sabah melalui penafian demi penafian sedangkan Hishamuddin mempunyai bukti bahawa KDN terlibat secara langsung memberikan kerakyatan songsang dalam Skandal IC Projek. Jika tidak kenapa 40 rakyat Sabah ditahan ISA?

Manakala Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal pula adalah ‘Pengkhianat Bangsa’ kerana tergamak meracun rakyat Sabah terutama kanak-kanak melalui projek solar hibrid bernilai ratusan juta menggunakan bateri asid plumbum yang begitu berbahaya kepada manusia.

Sebagai petualang kepada ekonomi Negara termasuk Sabah melalui projek NKRA iaitu denga melakukan Projek ‘Top-UP’ atau menaikkan harga siling projek sehingga 200 % telah menyebabkan berlakunya pembaziran dan mensabotaj ekonomi negara. 

Shafie telah melakukan kezaliman dan membunuh masa hadapan kanak-kanak di luar bandar terutama di Pulau Banggi, Kudat dan Pulau Larapan, Semporna melalui projek NKRA bekalan elektrik solar hybrid luar bandar, sedangkan ada bateri alternatif yang mesra alam.

Sehubungan itu, saya menyeru agar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman agar menarik balik anugerah berkenaan kerana kedua-dua mereka tidak layak mendapat anugerah tertinggi disebabkan budi pekerti mereka yang buruk dan sekaligus menghina rakyat Sabah.

Rakyat Sabah, termasuk saya ingin tahu apa rasionalnya penganugerahan pingat ini sedangkan mereka berdua telah mendatangkan banyak masalah kepada Sabah atau Kerajaan Negeri Sabah turut bersekongkol dengan mereka?

Salam Hormat,
ABDULLAHSANI HAJI ABDUL SALLEH

No comments:

Post a Comment

Search This Blog