Top posts

Featured Posts

Anak tikam ibu dan bapa hingga mati

Sepasang suami isteri mati ditikam oleh anak lelaki mereka di sebuah rumah di Batu 1, Jalan Utara dekat Sandakan, malam semalam.

Dalam kejadian 10.45 malam itu, lelaki berkenaan yang berusia 31 tahun turut menikam kakaknya.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong, berkata mangsa dikenali sebagai Yew Hiap Foh, 70, dan isterinya Chu Ching Moi, 60, dan kedua-dua mereka mati di tempat kejadian akibat tikaman di dada.



Katanya, mayat Yew ditemui terbaring di bilik tidur manakala Chu ditemui terbaring di atas sofa di ruang tamu rumah berkenaan.

“Kakak mangsa yang berusia 37 tahun mengalami cedera parah akibat ditikam diperut dan kini dirawat di Hospital Duchees of Kent Sandakan dan dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya di Sandakan hari ini.

Rowell berkata, dari laporan awal yang diterima, lelaki itu dikatakan naik berang selepas bapanya tidak membenarkan permintaannya untuk menjual rumah yang mereka diami itu.

Katanya, lelaki itu ingin berbuat demikian untuk mendapatkan modal berniaga dan dia diberitahu oleh bapanya bahawa nama pemilikan rumah itu sudah dipindahkan kepada kakaknya.

Beliau berkata, lelaki itu yang bekerja sebagai penanam sayur sebelum ini pernah mengugut mahu menikam ibu dan bapanya kerana tidak menunaikan permintaannya itu.

“Lelaki itu melarikan diri selepas kejadian itu dan polis berjaya menangkapnya selepas dia datang semula ke rumah itu dengan menaiki sebuah kereta,” katanya.

Beliau berkata, sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu turut ditemui di ruang tamu rumah tersebut.

– Bernama

No comments:

Post a Comment

Search This Blog