Top posts

Featured Posts

Bekas Menteri, Datuk Conrad Mojuntin berpuasa sehingga mati untuk Sabah

Oleh Ezra Haganez
PENAMPANG: Bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Sabah, Datuk Conrad Mojuntin, 64, mengambil tindakan drastik "berpuasa sehinga mati" supaya pelbagai masalah yang dihadapi Sabah dan masyarakat Kristian di negeri itu mendapat penyelesaian yang terbaik.



Beliau memulakan puasa, langsung tidak mengambil sebarang makanan, kecuali air minuman, Jumaat ini (17 Jun, 2011) dan akan menghabiskan masa dengan berpuasa sambil berdoa dan berehat di bilik sembahyang di kediaman beliau dan keluarga di Kg Dohunsug dekat Donggongon di sini.

Ketika menghubungi Borneo Herald hari Sabtu ini, Conrad berkata beliau dalam keadaan sihat walaupun suara beliau sudah mula kedengaran lemah akibat berpuasa baru semalam.



Conrad ialah adik mendiang Datuk Peter Joinod Mojuntin, pemimpin Kadazandusun yang disegani tetapi terkorban dalam nahas udara di Sembulan pada 6-6-1976, yang turut mengorbankan Ketua Menteri ketika itu Tun Fuad Stephens dan hampir separuh kabinet Berjaya ketika itu.

Antara lain tujuan puasa Conrad ialah mencari campurtangan Tuhan menyelesaikan masalah pendatang haram di Sabah, pemberian MyKad kepada pendatang, masalah diskriminasi agama, pekerjaan, pendidikan dan peluang ekonomi kepada masyarakat Kristian, penyelesaian terhadap nahas udara di Sembulan, masalah pencen beliau yang ditarik balik bersabit satu keputusan mahkamah dan beberapa isu peribadi beliau dan kelaurga yang didakwanya menjadi mangsa konspirasi berpanjangan dari pihak-pihak tertentu.

Teks bertulis tangan beliau dalam Bahasa Inggeris sebanyak enam muka surat akan disiarkan secara penuh oleh Borneo Herald dalam masa terdekat ini. 

Gambar-gambar di atas adalah bilik sembahyang Conrad yang dirakam sehari sebelum beliau mula berpuasa. Beliau akan menghabiskan masanya berpuasa dan juga tidur dalam bilik ini mulai 17 Jun, 2011.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog