Top posts

Featured Posts

E-mel 1Malaysia tak guna wang awam, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menjelaskan bahawa projek e-mel 1Malaysia yang diumumkan semalam merupakan inisiatif sukarela sektor swasta dan tidak membabitkan wang awam.

"Sebelum saya tidur, biar saya jelaskan bahawa e-mel 1Malaysia adalah projek sektor swasta. Ia tidak membabitkan wang awam dan keseluruhannya adalah sukarela," kata Najib dalam Twitternya awal hari ini.

NONENajib mengumumkan inisiatif itu pada laporan kemajuan terkini Program Transformasi Ekonomi (ETP) di Putrajaya semalam yang merupakan satu daripada tujuh projek baru dalam ETP.

Di bawah inisiatif itu, rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan diberikan satu akaun e-mel rasmi yang unik.

Perdana Menteri berkata dengan impak terhadap Pendapatan Kasar Negara (GNI) sebanyak RM39 juta sehingga 2015, inisiatif e-mel 1MY ini akan membolehkan komunikasi secara langsung dan selamat antara rakyat Malaysia dan kerajaan dan juga meningkatkan perkhidmatan penyampaian kerajaan kepada pengguna dan ahli perniagaan.

Tricubes Bhd akan mempelopori pelaburan RM50 juta ini yang juga termasuk pembangunan sebuah laman portal, akaun e-emel bagi semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, sebuah pusat sehenti bagi perkhidmatan kerajaan, penyediaan khidmat tambah nilai seperti rangkaian sosial, semakan bil dalam talian dan juga pembayaran, sebagai tambahan kepada set peralatan pembangunan web untuk warganegara dan entiti perniagaan bagi membangunkan aplikasi secara kreatif.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Search This Blog