Top posts

Featured Posts

Grup Dr Jeffrey sudah menang empat dari 25 Bahagian

Oleh Razlan Danial
PENAMPANG: Kumpulan Datuk Dr Jeffrey Kitingan sudah menang tanpa tanding jawatan Ketua Cabang di empat Bahagian atau Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah dalam pemilihan parti itu lewat bulan September ini.

Empat Cabang itu ialah di Putatan, Beluran, Kinabatangan dan Sipitang yang masing-masing dimenangi tanpa tanding oleh Awang Ahmad Sah Datuk Awang Sahari, Ambrose Sipin @ Kandadi, Mustapha Hj Tambuyong dan Dojit Haji Muda.


Kumpulan Ansari Abdullah dikatakan menang tanpa tanding hanya di satu Cabang setakat ini iaitu di Sandakan itupun pemenangnya Mazry Nasir dikatakan tidaklah begitu terbuka menyatakan dia orang Ansari.

Kumpulan yang satu lagi yang diketuai Ahmad Thamrin Jaini pula menang tanpa tanding di Libaran iaitu Thamrin sendiri dan di Tawau melalui Datuk Kong Hong Ming.

Dalam percaturan PKR Sabah, sesiapa saja antara tiga kumpulan ini yang dapat menguasai 25 Ketua Cabang dijangka lebih berpeluang dilantik Ketua PKR Negeri, jawatan yang sekarang ini dipegang oleh Thamrin.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog