Top posts

Featured Posts

Terima kasih Dr Julia derma dua "water sprayers" untuk sukarelawan bomba

          Aktivis Kanul Gindol (kiri) dan seorang sukarelawan bomba Darryl Spartye bersama dua "water sprayers" sumbangan Dr Julia Ongkili.

Oleh Jayden Lisando, 17-3-2024
KOTA BELUD : Timbalan Pengerusi Majlis Kerja Negeri Sabah, Parti Sedar Rakyat, Dr Julia Emelda Ongkili, bermurah hati mendermakan dua unit "water sprayer" untuk sukarelawan memadam api-api kecil di Kota Belud hari ini.

Sukarelawan kampung diketuai aktivis tempatan, Kanul Gindol, yang menerima dua unit alat penyembur galas bahu itu berkata apabila Dr Julia mendengar laporan pasukannya memadam api semak, beliau terus membuat sumbangan itu.

"Saya berterima kasih kepada Dr Julia walaupun dia dari Tamparuli dan saya dari Kadamaian bersebelahan dengan kawasannya, terus menolong apabila saya bercerita keperluan kami," kata Kanul sambil menambah beliau menghubungi beberapa kenalannya berhubung kerisauan api semak semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.
Menurutnya, dua hari lepas api semak hampir-hampir sampai ke empat buah rumah di siring jalanraya lama Kelawat-Kinasaraban di Kota Belud.

"Tindakan pantas pemilik rumah serta kehadiran segera jentera bomba telah berjaya mengawal api semak dari sampai ke kediaman penduduk Kg Mandap," katanya sambil berharap ada yang membantu mengganti paip-paip air mereka yang musnah terbakar.

Beberapa hari lepas pula, bomba Sabah terpaksa mendapatkan bantuan helikopter khas memadam api dari bomba Miri, Sarawak apabila sebuah bukit besar di Kota Belud terbakar dan tidak dapat dikawal kerana tiada jalanraya ke atas bukit tersebut.

Bukit berkenaan dikelilingi banyak kampung yang padat antara lainnya ialah Sembirai, Timbang Dayang, Kuala Abai, Kulambai, Suang Punggur dan Lingkodon.#

Kasih sesama semakin tohor, orang tak peduli kebakaran semak kalau tidak sampai ke rumahnya sendiri



          Kanul sedang memadam api kecil yang sedang membakar batang paip penduduk kampung di jalan lama Kelawat-Kinasaraban, Kota Belud hari ini. Seperti di banyak kawasan kering lain, api semak kerap melanda kawasan itu dalam beberapa hari ini.

Oleh Jayden Lisando
KOTA BELUD : Seorang aktivis Sabah yang dikenali ramai, Kanul Gindol, berkata apathy di kalangan masyarakat semakin ketara di musim kemarau/kering/kebakaran.

"Kasih sesama manusia dan jiran nampaknya semakin tohor," katanya dalam satu ulasannya menerusi grup whatsapp yang sempat dilihat Borneo Herald di sini hari ini.

Menurut Kanul, sepatutnya pada musim kemarau/kering/kebakaran sejak kebelakangan ini pihak seperti JKKK, Pemaju Mukim, Pejabat Daerah masing-masing boleh memanggil Emergency Meeting.

"Emergency meeting khusus untuk membincang masalah dan cadangan Kawalan Kebakaran..  Namapun pegawai daerah dan jawatankuasa keselamatan kampung dan sebagainya.

"Bila ada situasi mencabar begini, patut panggil mesyuarat keselamatan tergempar. Barulaa👍🏻.

"Satu agenda saja iaitu bagaimana menghadapi kebakaran sebagai contoh minta pandangan dan cadangan. Bincangkan dan buatlah keputusan," katanya.

Beliau yang berpengalaman luas dalam bidang kewartawanan dan politik juga berpendapat JKKK sebenarnya boleh mengadakan "joint meeting" atau mesyuarat bersama beberapa kampung yang sedang terdedah kepada kebakaran / kekurangan air dan sebagainya.

Menurut Kanul, antara idea yang mungkin boleh muncul dalam mesyuarat tergempar itu ialah :
☑️Tubuh pasukan peninjau orang kampung di mana setiap pagi, tengahari dan petang ada pasukan mereka meninjau kebakaran sepanjang jalanraya kampung. Bawa pam air galas bahu yang boleh memadam api-api kecil.
☑️Gotong-royong bikin kawasan penampan api keliling rumah yang terdedah kepada api semak.
☑️Aktifkan perkongsian berita cepat menerusi WhatsApp. Cepat lapor kepada satu pusat kampung jika ternampak api kecil atau asap.. Sebaliknya, banyak yang semakin berdiam diri, senyap dan tak ambil peduli seolah-olah tiada kebakaran..Apathy
☑️Galakkan setiap kereta orang kampung bawa minimum dua botol air khas utk padam api-api kecil tepi jalanraya. 
☑️Jika ada inisiatif mungkin ada orang boleh menderma pam air galas di bahu (yg diguna meracun rumput tu) tapi muncung lebih panjang agar boleh bantu padam api semak yang masih kecil.. Ini untuk pasukan sukarela bomba kampung, bukan untuk diambil bagi kepentingan diri saja.

Kanul dari Gereja Seventh-day Adventist juga berkata keadaan apathy yang ada sekarang adalah cabaran hujung dunia.. di mana kasih sesama insan semakin tohor, dan semua pentingkan diri masing-masing dan tidak terfikir pada suatu hari kelak, keselamatan diri kita atau orang tersayang kita mungkin akan bergantung kepada ihsan orang lain nanti.

#KitaFikir²kanlah
#SekadarPandangan/Pengalaman 🏃🏻‍♂️🌳, katanya lagi menutup bicara stetmennya UNTUK SIARAN KAMPUNG.#


Apathy = Sikap tidak peduli

Aktivis terkenal Borneo seru Kerajaan Pusat jangan halang beli helikopter pemadam api untuk Sabah

For Immediate Release


PRESS STATEMENT
Mr Kanul Gindol
Sabah Activist
Chairman
Gindol Initiative for Civil Society Borneo

March 11, 2024


BOMBA SABAH PATUT ADA HELIKOPTER PEMADAM API SERTA PERALATAN CANGGIH


1. Laporan berita Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Miri, Sarawak meminjamkan helikopter Mi-17 untuk memadam api hutan di Kota Belud semalam membuka mata saya betapa perlunya Kerajaan Persekutuan memberi perhatian memperuntuk lebih banyak kepada Sabah termasuk untuk peralatan memadam api seperti helikopter khas ini.
2. Kita perlu sekurang-kurangnya 10 buah helikopter khas seperti Mi-17 ini untuk "stand-by" bagi operasi mencukupi sebab Sabah sangat luas iaitu lebih dari separuh saiz Semenanjung.
3. Malangnya kemungkinan besar tiada satupun helikopter begini ada di Sabah. Helikopter begini amat sesuai memadam api kebakaran hutan terutama berbukit dan tidak dapat dicapai jalanraya.
4. Jika ada helikopter begini, saya rasa banyak kebakaran hutan seperti sedang berlaku di Kota Belud, Kudat, Kota Marudu dan juga sekitar Kota Kinabalu dapat dielak awal. 
5. Semalam api semak hampir-hampir sahaja sampai ke kawasan perumahan di Kg Gentisan, Sepanggar jika tidak tindakan cepat penduduk di situ sebelum Bomba tiba.
6. Api semak hutan saat ini pun sedang marak di bukit-bukit Sepanggar, sepatut boleh dipadam cepat jika ada helikopter khas, satu helikopter pun cukup.
7. Saya juga risau bahawa Jabatan Bomba di Sabah mungkin masih belum ada jentera tangga tinggi untuk memadam api bangunan tinggi. Belum banyak bangunan tinggi di Sabah tapi bangunan pentadbiran kerajaan negeri di Likas rasanya lebih 30 tingkat. Are we ready for any eventuality?
8. Juga, jika prihatin, sebelumpun musim kemarau tiba dan rumput serta semak mati kering memudahkan kebakaran berlaku, sepatut ada program persiapan komuniti antara lain seperti membekal komuniti pinggir hutan alat-alat pemadam api yang ringkas. Ini langsung tiada persiapan.

Terima kasih.


KANUL GINDOL
012 885 6465

Anwar perlu fokus kepada Sabah dan Sarawak sebelum terlambat kata dua aktivis Sabah


Oleh
Daniel John Jambun & Kanul Gindol
8hb Mac, 2024

Rombongan Anwar Ibrahim ke Australia minggu lepas.

1. Lawatan Perdana Menteri ke Australia beberapa hari lalu sepatutnya disertai delegasi kuat dari Sabah dan Sarawak seperti pada masa lampau.
2. Pelaburan RM24.5 bilion dari Australia yang disebut dalam lawatan itu agak besar juga tapi berapakah atau adakah pelaburan yang dibawa kepada Sabah dan Sarawak?
3. Begitu juga pelaburan RM63.02 bilion dari Amerika Syarikat, berapakah untuk Sabah dan Sarawak?
4. Walaupun MoU hanyalah lebih kepada promosi perhubungan awam, dan tidak semestinya diterjemah kepada pelaburan baru, kami merasa risau dengan nasib dan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia yang semakin terancam peminggiran sistematik.
5. Sudah sampai masanya Perdana Menteri Malaysia mengalih fokusnya ke Borneo, memberi lebih banyak dana dan pelaburan ke Sabah dan Sarawak kerana majoriti penduduk dua wilayah ini sudah tidak boleh bertahan sabar lagi dengan situasi mereka yang terus-terusan dipinggir sekadar di tepian sedangkan Sabah dan Sarawak pada 1963 Malaya bagi nak rak menjemput kita menyertai Malaya menubuh Persekutuan Malaysia sehinggakan setiap lawatan PM ketika itu, pemimpin kanan dari Sabah dan Sarawak pastilah dalam rombongan PM Persekutuan.
6. Apa sudah jadi sekarang? Nampaknya Sabah dan Sarawak akan terus ketinggalan 30 tahun dan semakin jauh dari Malaya sekiranya beginilah bentuk layanan Perdana Menteri kepada kita. 
7. Semua pelaburan dibawa ke Semenanjung. 90% dana dan peluang diratakan di Semenanjung. Semuanya di Semenanjung. Buat ECRL sampai RM70 bilion di Semenanjung, buat High Speed Rail RM120 bilion di Semenanjung, tapi untuk Lebuhraya Pan-Borneo di Sabah hanya RM1 bilion setahun. Mana adil?

Sekian.


Daniel John Jambun ialah Presiden Borneo's Plight in Malaysia Foundation, manakala Kanul Gindol adalah Pengerusi Gindol Initiative for Civil Society Borneo

Pemimpin SEDAR Sabah lapor polis lelaki hina Premier Sarawak

                Richard Jimmy (memakai baju Parti Sedar Rakyat) dan tiga rakannya di luar Balai Polis Penampang semalam.

PENAMPANG : Ketua Pasukan Petugas Khas KDMR Parti Sedar Rakyat (SEDAR) di Sabah, Richard Jimmy, membuat laporan polis terhadap satu rakaman Tiktok yang dikatakan menghina Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Openg, beberapa hari lepas.

Richard yang juga Ketua Cawangan SEDAR Moyog, ketika menghubungi Borneo Herald berkata beliau berharap polis menyiasat pemilik akaun Tiktok itu, Zool Amali Husin yang menurutnya menghina Premier Sarawak.

Rakaman Tiktok itu juga dikatakan menghina seorang lagi pemimpin dari Sarawak iaitu Datuk Tiong King Sing, yang juga Menteri Pelancongan.

Rakaman berdurasi lebih empat minit itu mempersoal rekomendasi Abang Johari untuk Tiong menjadi menteri persekutuan sambil membahasakan premier Sarawak itu "bangang".

Lelaki yang memakai baju 'Free Palestin' dalam Tiktok itu juga menyelar Tiong yang didakwanya angkuh dan perasan paling berkuasa termasuk dalam beberapa kejadian seperti di KLIA ketika Tiong menyelar pegawai imigresen yang menahan pelancong dari China.

"Engkau ni tauke bapa ayam ke Tiong? Bawa rakyat China supply ayam-ayam Malaysia ni.." kata lelaki itu antara lainnya.
Richard diiringi tiga rakan lain ketika membuat laporan di Balai Polis Penampang semalam.#

Allocate more to Sabah Pan-Borneo Highway, activist Kanul urges PM Anwar


                              Kanul Gindol 

By Kanul Gindol, March 6, 2024
10 YEARS AND PAN-BORNEO HIGHWAY STILL LINGERING WITHIN GREATER KK CITY, ACTIVIST CALLS ON ANWAR TO ALLOCATE MORE


1. It has been 10 years now and the snail-slow Pan-Borneo Highway hasn't yet passed the busy Kota Kinabalu, causing daily havoc, jams and accidents.
2. The on-going works has been very disruptive to road users for about one decade now, beginning with the on-coming Pan-Borneo highway from the direction of Papar, and now passing the outer KK from Donggongon to Manggatal.
3. The current condition of roads being disrupted and displaced every now and then from Manggatal up to Berungis, Tuaran has seen the worst daily with no sign of abetting/passing out.
4. The situation is worsened by the fact that 90% of the stretch from Manggatal to Tuaran has no street lights, whereas it is being heavily used not only by vehicles from nearby towns like Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu and Kudat but those from Tawau, Sandakan and Ranau as well.
5. There have been reports of daily accidents or skirmishes with accidents on the Manggatal-Tuaran stretch due to the ever-changing snakey lanes and no streetlight at night.
6. The only RM1 billion allocated yearly to do the Sabah side of the highway is not enough. There is no justice to treat Sabahans like this.
7. The three successive Federal Ministers of Public Works are all from neighbouring Borneo state of Sarawak but this did not help Sabah. While the Sarawak side of Pan-Borneo Highway is almost 100% completed, it would be a joke to claim the Sabah side has reached even 20% of completion.
8. I don't want to believe the notion that the Sabah state government has not made any strong representation about the matter to the Federal government. 
9. There has been question whether then federal and state government's action to end the Project Delivery Partner (PDP) mechanism for the project in March 2019, has contributed to this snail-slow development.

Thank you.


Kanul Gindol is Chairman of Gindol Initiative for Civil Society Borneo, an NGO dedicated to make Sabah a better place to live for everyone.

Prof Dr Ariffin melawat tapak projek sawah 1,000 ekar di Kota Belud

KOTA BELUD : Tokoh pendidikan tempatan Prof Dr Ariffin Willie Muhamad melawat tapak projek sawah padi seluas 1,000 ekar yang bakal dimajukan oleh syarikatnya bersama sebuah koperasi pemilik sawah di sini.

Turut bersama dalam rombongan melawat Kg Gontuong dan Kg Guong pagi ini ialah para pemimpin koperasi dan pegawai-pegawai kanan syarikat.

Menurut salah seorang pegawai berkenaan, Rimin Maun, selain sawah, rombongan juga telah meninjau sistem pengairan dan saliran, serta beberapa jentera pembajak.

Ini merupakan lawatan ketiga Prof Dr Ariffin ke tapak berkenaan.

Buat permulaan sawah seluas 475 ekar akan dimajukan dengan fasa pertama melibatkan 100 ekar dijangka mula disediakan dalam beberapa minggu ini.

Perkasa Megah Sdn Bhd dan Koperasi Keluarga Dehamboi Gunsak Kota Belud telah menandatangani perjanjian persefahaman pada 7 Februari 2024 lalu di sini bagi maksud usahasama melibatkan 45 orang pemilik sawah di dua kampung berkenaan.

Berikut gambar-gambar lawatan rombongan pada hari ini :

Orang Sabah perlu bangkit tumbangkan kerajaan proksi

                             Daniel John Jambun

**KENYATAAN AKHBAR BERSAMA**
28 Februari 2024

Daniel John Jambun Presiden Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo)

Voon Lee Shan Presiden parti Bumi Kenyalang Sarawak (PBK)

*Orang Sabah perlu bangkit dan menggulingkan kerajaan proksi...*

*Ada kes bagi Calon Bebas untuk turut serta dalam pertandingan, menang atau kalah, bagi pendengaran mengenai perkara yang membimbangkan dan kepentingan awam!*

https://www.dailyexpress.com.my/read/5474/sabahans-must-not-stop-complaining/

Terdapat kes bagi Calon Bebas untuk turut serta dalam PRU16 dan pilihan raya negeri seterusnya bagi pendengaran mengenai perkara yang membimbangkan dan kepentingan awam di Sabah.

Tumpuan, menang atau kalah, harus diberikan kepada pendengaran awam. Mari kita lihat bagaimana parti-parti politik kerajaan proksi memberi respons.

Rakyat, berdasarkan pautan ini, perlu memilih pemimpin baru yang diharapkan dapat membawa perubahan yang lebih baik.

"Kebenaran akan terbongkar".

Pemimpin-pemimpin sekarang, ramai di antaranya telah lama melebihi tempoh sambutan, sedar tentang semua masalah yang disenaraikan dalam pautan tersebut dan penyelesaian untuk melangkah ke hadapan.

Walau bagaimanapun, hanya memikirkan diri sendiri, mereka tidak akan melakukan apa-apa mengenai masalah dan penyelesaian yang disenaraikan dalam pautan tersebut.

Sarawak mungkin bukan menjadi contoh teladan untuk Sabah.

Voon Lee Shan Presiden parti Bumi Kenyalang Sarawak mempunyai ini untuk dikatakan,

Rakyat Sarawak telah kehilangan kedaulatan sejak 1966 ketika Stephen Kalong Ningkan digulingkan oleh Kuala Lumpur di bawah deklarasi darurat.

Kumpulan kecil di Sarawak, yang bersekongkol dengan Putrajaya, memegang kuasa mutlak.

Kumpulan kecil ini mempunyai lesen untuk "memperoleh faedah peribadi", iaitu rasuah dan korupsi, berdasarkan penyalahgunaan kuasa, konflik kepentingan, dan pelanggaran amanah jenayah terhadap menjadi pihak kepada perbuatan haram seperti aktiviti pengubahan wang haram dan mengekalkan "keuntungan rahsia".

Ia adalah rahsia umum bahawa SPRM, KPN, PP dan Bank Negara telah hampir tidak melakukan apa-apa di Sabah dan Sarawak. Ahli politik secara harfiah telah merampas perbendaharaan awam dengan kebebasan.

Ia adalah tanggungjawab masyarakat antarabangsa, di bawah undang-undang antarabangsa, untuk mengembalikan kedaulatan rakyat yang telah kehilangannya. Gantung Saddam Hussein pada tahun 2006, dan Muammar Gaddafi, ditembak pada tahun 2011 seperti anjing di jalan dengan pistol emasnya sendiri, merujuk.

Orang Asal merupakan majoriti komuniti di Sarawak. Orang bukan Islam membentuk 70 peratus dari penduduk di Sarawak.

Orang Asal telah dihalang daripada peluang untuk kelayakan dan pengalaman.

Ini boleh dilihat dalam struktur yang tidak seimbang dalam perkhidmatan awam dan struktur ekonomi.

Tiada Orang Asal, selepas Tawi Sli seketika selepas Ningkan, telah menjadi Ketua Menteri Sarawak sejak 1966.

Kerajaan tidak berubah sejak 1966. Kumpulan kecil yang sama memegang kuasa mutlak.

Orang Asal di Sarawak telah kehilangan banyak tanah Adat NCR (hak tanah adat asal), harta pusaka dan sejarah, kepada pihak lain termasuk pihak luar.

Tanah NCR, berdasarkan amalan adat di bawah Adat, dilindungi di bawah Perkara 13 (hak milik), Perkara 5 (hak untuk hidup), dan Perkara 8 (tidak ada diskriminasi).

Tanah bukan NCR juga dilindungi di bawah Perkara yang sama.

Adat, undang-undang pertama dalam undang-undang antarabangsa, mempunyai kuasa undang-undang seperti Perlembagaan.

Terima kasih.

Daniel John Jambun

Voon Lee Shan



The english version :

JOINT PRESS STATEMENT 
28th February 2024

Daniel John Jambun President Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo)

Voon Lee Shan President party Bumi Kenyalang Sarawak (PBK)


*Sabahan should rise up and oust proxy government* . . . 

*There's case for Independents entering the fray, win or lose, for hearing on matters of public concern and public interest!*

https://www.dailyexpress.com.my/read/5474/sabahans-must-not-stop-complaining/

There's case for Independents entering the fray in GE16 and the next state election for hearing on matters of public concern and public interest in Sabah.

The focus, win or lose, should be on public hearing. Let's see how the proxy government political parties respond.

The people, based on this link, should elect new leaders who hopefully can help make difference for the better. 

The "truth comes into fruition".

The present lot of leaders, many having long outstayed the welcome, are aware of all the problems listed in the link and the solutions for the way forward.

However, being only all about themselves, they will not do anything about the problems and solutions listed in the link.

Sarawak may be no role model for Sabah.

Voon Lee Shan President party Bumi Kenyalang Sarawak have this to say,

The people of Sarawak have lost sovereignty since 1966 when Stephen Kalong Ningkan was ousted by Kuala Lumpur under declaration of emergency.

Small group in Sarawak, in cahoots with Putrajaya, holds absolute power.

The small group have licence on "deriving personal benefits", i.e. bribery and corruption, based on abuse of power, conflict of interest, and criminal breach of trust on being party to illegalities like money laundering activities and retaining "secret profits".

It's open secret that the MACC, IGP, AG and Bank Negara have been virtually sleeping on the job in Sabah and Sarawak. The politicians have literally been plundering the public treasury with impunity.

It's the duty of the international community, under international law, to restore the sovereignty of a people who have lost it. The Saddam Hussein hanging in 2006, and Muammar Gaddafi, being shot in 2011 like a dog in the streets with his own golden gun, refers.

The Orang Asal are the majority community in Sarawak. Non-Muslim form 70 per cent of the people in Sarawak.

The Orang Asal are being denied opportunities for qualifications and experience.

This can be seen in the lopsided make-up of the civil service and the structure of the economy.

No Orang Asal, after Tawi Sli briefly following Ningkan, has been Chief Minister of Sarawak since 1966.

The government has not changed since 1966. The same small group holds absolute power.

The Orang Asal in Sarawak have lost lot of NCR (native customary rights) land, ancestral and historical property, to others including outsiders.

NCR land, based on customary practices under Adat, was protected under Article 13 (property rights), Article 5 (right to life) and Article 8 (no discrimination).

Non-NCR land are also protected under the same Articles.

Adat, the 1st law in international law, has force of law like the Constitution.

Thank you. 

Daniel John Jambun 

Voon Lee shan

Wujudkan semula Border Scout, gesa dua pemimpin dari Borneo

       Kanul Gindol (kiri) dan Voon Lee Shan di Kuching semalam.

KUCHING : Dua pemimpin dari Sarawak dan Sabah menggesa kerajaan Sarawak dan Sabah agar segera memulakan proses mewujudkan semula pasukan keselamatan Pengakap Sempadan atau Border Scout.

Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK), Voon Lee Shan dan aktivis terkenal Sabah, Kanul Gindol, berkata pewujudan semula Pengakap Sempadan selaku unit separa-tentera khusus memantau dan menjaga sempadan kedua-dua negeri, akan mengukuhkan keselamatan dua negeri itu.

"Dalam beberapa perbincangan kami mengenai masalah-masalah dihadapi Sarawak dan Sabah di sini, kami dapati inilah masa yang sesuai untuk kedua-dua negeri memulakannya, jangan tunggu setahun lagi," kata mereka dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan di Kuching semalam.

"Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor sendiri pada Oktober 2023 dilaporkan berkata beliau ada berbincang dengan Premier Sarawak, Datuk Abang Johari Openg, mengenai cadangan pewujudan semula Pengakap Sempadan, jadi apa ditunggu lagi?," kata mereka.
                               Border Scout

Menurut Voon dan Kanul, Sarawak dan Sabah perlu memperkenal semula Pengakap Sempadan memandangkan kedua-dua negeri Borneo itu sering menghadapi masalah sempadan bolos oleh rakyat asing.

Ini, kata mereka, juga perlu kerana terbukti pasukan keselamatan sedia ada tidak mencukupi mengawal sempadan yang panjang, termasuk sempadan Sarawak dengan Indonesia yang sejak kebelakangan ini memperlihat pembolosan semakin meningkat.

Border Scout ini ditubuhkan dan dilatih oleh British pada 1963 dan dianggotai anak negeri yang tinggal tidak jauh dari sempadan, dan pengetahuan mereka mengenai geografi tempatan telah membantu keberkesanan pengakap sempadan dalam menjaga pondok-pondok polis sepanjang sempadan. 

Unit Pengakap Sempadan kemudian dibubarkan pada 1986 dan anggotanya diserap ke dalam pasukan polis, bagaimanapun tahap pasukan keselamatan sedia ada tidak mencukupi dalam menjaga sempadan Sarawak dan Sabah.#

Sabah patut contohi gaya pimpinan Sarawak kata presiden SEDAR

Datuk Othman Abdillah (duduk kelima dari kiri) bersama sebahagian perwakilan SEDAR Sabah.

KUCHING: Sebuah parti politik Sarawak berpendapat Sabah patut meneladani gaya kepimpinan Premier Sarawak Datuk Abang Johari Openg, jika tidak mahu Sabah terus ketinggalan.

Presiden Parti Sedar Rakyat, Datuk Othman Abdillah, berkata Sabah jauh ketinggalan dari Sarawak sedangkan hasil kedua-dua negeri lebih kurang sama dan adalah lebih mudah memajukan Sabah sebab ia bersaiz lebih kecil dari Sarawak.

"Dari segi pembangunan, Sabah 10 kali ketinggalan. Lebuhraya Pan-Borneo di Sarawak sudah siap, Sarawak ada kapal terbang (pengangkutan udara) sendiri dan Sarawak sedang nak buat jalan keretapi dari Sarawak ke Kalimantan.
Presiden SEDAR sedang berucap pada AGM di Hotel Telang Usan, Kuching hari ini, 24 Februari, 2024.

"Patut Sabah jumpa tanya Abang Johari bagaimana dia mengurus Sarawak," katanya pada ucapan perasmian mesyuarat agung tahunan SEDAR di Hotel Telang Usan hari ini.

Seramai 10 Perwakilan dari SEDAR Sabah diketuai Prof Dr Ariffin Willie Muhamad turut hadir.

Menurut Othman lagi jika Sabah mengikut gaya pimpinan dan pentadbiran Abang Johari tiada sebab Sabah tidak cepat maju.

"Simpanan Sarawak sekarang RM40 bilion tapi Sabah hanya RM6 bilion, sedangkan hasil minyak dan gas lebih kurang sama sahaja bahkan Sabah adalah pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di Malaysia tapi tidak maju. Kenapa?.

"Kalau boleh, kita bekerjasama dengan Abang Johari atau GPS. Cadangan saya kepada Sabah ialah mesti bekerjasama dengan GPS barulah Sabah maju seiring dengan Sarawak.

"Potensi Sabah banyak. Sepatutnya Sabah lebih maju sebab Sabah lebih kecil, lebih mudah memajukannya," tambahnya lagi.

Othman yang sebelum ini bersama PBB selama 30 tahun, juga turut menyatakan pendirian parti SEDAR yang akan menyokong kerajaan sedia ada di peringkat negeri dan persekutuan.

"Pada peringkat persekutuan, SEDAR menyokong kerajaan yang ada dan kita jangan ganggu mereka sehingga satu penggal. Kalau tidak, maka lebih baik kita adakan pilihanraya umum setiap tahun.

"Yang di-Pertuan Agong sendiri berkata sehingga ada empat Perdana Menteri dalam lima tahun. Ini semua dunia tahu..." katanya.

Pada AGM itu juga, Othman sendiri membentangkan beberapa pindaan terhadap perlembagaan SEDAR, antara lainnya ialah seseorang tidak dibenarkan memegang lebih dari satu jawatan pada satu-satu masa seperti jika sudah ketua cawangan, dia tidak boleh jadi ketua bahagian juga.

Antara pindaan yang lain ialah meletakkan tempoh dua tahun keahlian sebelum seseorang boleh bertanding jawatan parti, serta menamakan Bahagian parti pada peringkat kerusi Parlimen, Cawangan untuk kerusi Dewan Undangan Negeri dan Cabang untuk peringkat kampung.

Othman juga mengumumkan pelantikan Richard Jimmy dari Penampang selaku ketua Kadazandusun, Murut dan Rungus (KDMR) SEDAR Sabah.#

Search This Blog